Aysh tak suka mandi.. Tiap kali mandi pasti terdengar suara nya yang nyaring....
Berikut adalah Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir,
Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab.
Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air
mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air
tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci
dengan air.
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah
dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang
beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan
oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah
tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari.
Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk
aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.
1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada
waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan
tenang. Gunakan air yang suam.
2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya
secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke
bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting
semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan
baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman
di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam
lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan
dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.emnb 1 858008 Cara Dan Adab
Memandikan Bayi Baru Lahir
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa.
Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia
boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya
mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya
hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh
bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya
lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan
tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan
mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah
serta membawa masalah paru-paru lemah.
Kongsikan kepada semua, moga bermanfaat.
Sumber: | Fuh.My
No comments:
Post a Comment