Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 14, 2014

Cari Peluang

Si Halus Aysh memang sukar tidur jika tidak sedawa setelah menyusu. Beginilah caranya siibu menemani si Halusnya untuk bersama  merasa tidak selesa. Sambil mendakapnya dan sambil itu mengkaji ayat-ayat Allah moga - moga beliau punyai minat yang sama dengan ibunya . Biar dia rasa manis untuk  mengkaji ayat-ayat Allah. 

Masa-masa yg berlalu dengan mentadabbur dan membaca sambil didengar si Halus ini. Di siang hari sibuk dengan tugas-tugas harian. 

Sambil mendengar kuliah ustazah Norhafizah

"saya yakin anak2 saya akan terbentuk sepertimana anak2 saya lihat dan mendengar dari ibu bapanya. insya Allah lalu saya inginkan anak berdamping dgn quran maka saya mulakan dgn anak dlm kandungan dgn bacaan quran, bila lahir si anak yg menyusu badanpun saya perdengarkan dgn bacaan quran dan bila anak dah besar anak akan melihat hobi ibu bapa mereka adalah membaca Quran.. alhamdulillah anak2 tak perlu disuruh kerana ketika mana kita membenarkan segala apa yg Allah katakan maka Allah permudahkan jalan dalam mendidik. Allah maha melihat ibubapa ini adalah benar"....

pengakuan seorang ibu yg punyai 11 org anak dan 5 dr mereka Hafiz.. oleh itu kita ibubapa yg ingin menjd qudwah pd anak2 kita pastikan diri kita BENAR sekarang masanya 2014 utk kita benar2 menjadi BENAR. .. ustazah Norhafizah 080114


Beginilah cara yang betul untuk sendawakan baby...  memang tak pernah buat session yang pertama yang mana pegang di lehernya tu. Setelah mencubanya agak mudah juga dia nak sendawa. Alhamdulillah pelajaran baru buat Aysh walaupun yang ke 6 namun masih banyak lagi ilmu siibu perlu tahu.

No comments: