Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 14, 2014

Kisah suka duka Aysh semasa kelahiran

 Disaat Dbatin Dr Marina memaklumkan bahawa Aysh sukar utk minum susu.... berderai air mata ini. Namun ku tk pernah patah semangat. Jam menunjukkan pukul 2 petang namun ku gagahkan diri untuk ke tandas. Alhamdulillah walaupun tanpa ditemani sesiapa badan ku cukup sihat dan demi Aysh.

Ku tanyakan Nurse dimana Aysh... jawabnya dia masih on drip... ku terus menunggu sehingga maghrib masih tak kelihatan Aysh. Mak dan anak-anak sampai kugagahkan ke kaunter Nurse untuk melihat Aysh.... setelah masuk ke Nursery baby bagaikan nak luluh jantung melihat Aysh masih tak minum dan segala alat tertusuk kedalam badannya. Perlahan suaraku..."Aysh ibu datang...maaf ibu tak sangka Aysh begini keadaanya." Tanpa bicara lantas aku merangkulnya dan mendakapnya dan ku tahan air mata kerana ku perlu kuat. Nurse memaklumkan bahawa Aysh masih belum boleh menyusu dia tengah puasa. Aku tak berputus harap terus menunggu dan membelai Aysh. "
"Puan, tadi Datin call kata baby boleh menyusu. tapi tiub kat mulutnya tak boleh tanggal.. "Aku pun dengan segera menyusukan Aysh...Alhamduillah walaupun agak sukar kerana menyusu dan tiub masih ada didalam mulutnya..

Ekoran dari usaha yang tak pernah putus setiap jam pasti aku akan menyusukan Aysh...Dr memaklumkan Aysh tiada jangkitan dan boleh discharge... syukur kehadratnya,





No comments: