Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, February 19, 2014

Mencegah Lebih Baik dari Mengubat

Lihatlah beginilah Aysh setiap pagi dijemur... walaupun tiada kelihatan kuning namun mengambil tindakan menecegah adalah lebih baik disamping breastfeeding sepenuhnya. Bersyukur kerana ibu diberi peluang untuk memperbaiki tanggungjawab ibu sebagai ibu. Mungkin sebelum ini, ibu ambil sambil lewa dalam hal penyusuan anak-anak mengakibatkan susu ibu menjadi kurang kerana kurang menjaga pemakanan dan terlampau berpantang. Namun kelahiran Aysh banyak kesedaran pada ibu, untuk mendahulukan yang mana lebih penting. Jika dilihat sekarang pemerahan sebelah kanan sahaja ibu dah berjaya mengepam sebanyak 4 oz. Alhamdulillah itulah berkat ilmu yang dicari.

Air Koko + Kurma... dan sebelum itu madu , Habatus Sauda dan minyak kelapa dara telah ku hadam.

No comments: