Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 18, 2014

Amalan ibu semasa menyusukan



AMALAN IBU IMAM AS-SYAFEI KETIKA MENYUSUI

1) Beliau menyusukan dalam keadaan berwudhu'

2) Membaca Surah Luqman ayat 16 ketika menyusukan di sebelah kanan

Terjemahan:

(Luqman menasihati anaknya): Wahai anakku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara sekalipun seberat biji sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit ataupun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dibalas-Nya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuan-Nya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi.


3) Membaca Surah Luqman ayat 17 ketika menyusukan di sebelah kiri

Terjemahan:

Wahai anakku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya.

Diri ini tertanya-tanya apakah yang tersirat disebalik ayat-ayat ini.  Pabila mendengar kuliah 

ustaz nauman ali khan barulah faham dengan jelas bagaimana si Ayah menerangkan betapa besar kuasa Allah yang mana Allah mengetahui segalanya walaupun sebiji sawi yang terselindung disebalik batu yang besar

Proses mendidik anak-anak dengan ilmu akidah, ibadah dan akhlak sangat bergantung rapat dengan keperibadian ibu bapa. Para ibu bapa mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang persoalan tersebut sebelum mendidik anak-anak mereka. Islam meletakkan pra-syarat supaya ibu bapa mempunyai ilmu dalam mendidik anak-anak.

Kedudukan solat sangat tinggi “rankingnya” dalam kehidupan umat Islam, maka diwajibkan kepada semua umat Islam agar mendirikan solat lima kali sehari sebagai ibadah harian dan ianya dilakukan secara berulang-ulang kali.

Solat adalah hubungan di antara hamba dan PenciptaNya. Ianya berlaku secara langsung sebanyak lima kali sehari semalam. Solat juga diperintahkan kepada ibu bapa di dalam proses pendidikan awal anak-anak seawal umur tujuh tahun. Sabda Rasulullah SAW menerapkan pendidikan rohani kepada anak-anak dengan ibadah solat.

Jauhi Sifat Sombong dan Takbur

Seterusnya Luqman al-Hakim menasihati anaknya supaya mengawasi sifat ego ketika bergaul dengan masyarakat. Iaitulah:

a)    Larangan berpaling Muka
b)    Larangan Berjalan Dengan Sombong

Firman Allah SWT:

 Maksudnya: "Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. Ayat 18.

Rujukkan: Asma Al banjari  blogspot.

No comments: