Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 18, 2014

Perlu Kuat Untuk Melaksanakan Tanggungjawab


Inilah wajah-wajah tersayang. Diri ini jika diikutkan rasa tidak mampu, tapi kita perlu kuat demi anak-anak, kita ada tanggungjawab, yang nanti  Allah akan tanya dan  kerana itu  kita perlu membimbing anak-anak utk punyai niat yang jelas. Kita perlu sama-sama bersama suami untuk laksanakan tanggungjawab. Kita akur bahawa kekadang kita tak sempat untuk bersama anak-anak namun kita mampu  cari  pengganti seperti cari guru tuisyen. 

 Kita cuba dengan segala daya utk kita bimbing anak-anak .. kekadang merasakan beban sangat berat  namun ini tentang  pendidikan ,   kita seharusnya ada usrati bersama anak-anak- amanah yang perlu ditanggung. Perjuangan utk mengaplikasinya hanya Allah sahaja yang tahu.

Tanamkan dalam jiwa anak-anak  untuk menerangkan gambaran Solat yang dibawa oleh anak-anak  . seharusnya solat itu faktor kekuatan dalam jiwa anak-anak. Kita yang berhajat pada solat satu ruang untuk kita berbicara dengan Allah supaya kita menilai diri utk lebih baik ini adalah cabaran pada ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Menggunakan masa sukar  dikala dia letih, dia letih,  dan emosi berubah-ubah gunakan kesempatan itu untuk terangkan kekuatan solat.


manusia dijadikan berkeluh kesah. Kita lihat baby yg baru lahir menangis … pandai bila nak menyusu dia akan menangis … kita perlu tenangkan dulu.. menggambarkan manusia itu dicipta utk berkeluh kesah.  allah berikan pengecualian kepada orang-orang yang  menjaga solat. InsyaAlah Allah beri ketenangan. Zon yang mendamaikan memandu dan membimbing tindakkan kata2 dgn lebih baik. Gambaran ini penting utk kita bina tunaikan solat.

Sumber .ustazah Norhafizah

No comments: