Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, August 25, 2014

Dadih untuk Pot Luck Raya Al Mawaddah

 Lama dah tak mulakan projek dadih ni so hari ni kembali kerana inilah menu yang paling mudah sekali dan ringkas. Pasti anak-anak suka sangat. Majlis sangat bermakna kerana kali ini semua ajk sepakat dalam menjayakan majlis. Terdapat 11 gerai dan kami ditugaskan menjaga 3 gerai iaitu gerai nasi, gerai mee dan gerai  kambing tapi malangnya kambing tak sempat nak sampai ke gerai sebabnya depa dah pi serbu kat tempat pembakaran . Anyway muslimat al fateh al mawaddah memang hebat.
Bekerjasama dalam segala hal. Ini dia wajah-wajah kesayangan hamba dalam menjayakan kerja-kerja amal. Kami sedang melancarkan memotong buah secara gotong royong. Hebat sekali sahabat al fateh. Setelah azan berkumandang masing-masing meletakkan apa yang dipegang terus menuju ke ruang solat muslimat untuk mengerjakan solah
 Dalam kelam kabut menguruskan juadah bertemu dengan kak Norehan .. katanya semata-mata datang ke mawadddah nak bertemu dengan aku.. oh terharu rasanya kerana ingat Al Mawaddah ingat Dayang .. malah katanya terima undangan dari banyak masjid tapi Al mawaddah juga yang terpaut di hati sebab ada dayang katanya. ..

setelah selesai alhamdulillah maka chapter ini selesai ada lagi chapter yang perlu kami teruskan.

No comments: