Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, August 25, 2014

Nasi Keju Menambahkan Selera Anak-anak

Lebaran kali ini memamng penuh bermakna buat kami sekeluaraga. Mak dan abah muo mai turun ke shah Alam katanya nak bersarapan pagi. Apa lagi kelam kabut dibuat nya. Selepas subuh bersiap sedia. Ingatkan nak buatkan  nasi lemak tapi permintaaan adik-adik yang mahukan kelainan. Apa lagi google la. Jumpa nasi ni yang khabarnya anak-anak sangat gemar.


NASI KEJU
by : Azlita- masam-masam manis
Meletop sedapnya


600 gm beras basmathi ~ cuci bersih, rendam selama 10 minit dan toskan
Air mengikut sukatan beras
10 biji bawang merah ~ dihiris
4 ulas bawang putih ~ dihiris
150 gm keju cheddar ~ diparut kasar
2 sudu makan mentega
2 kiub stok ayam ~ ita guna air rebusan ayam dan 1 kiub ayam
Rempah tumis 4 sekawan ~ ita tambah

Cairkan mentega
Tumis rempah tumis dan bawang merah sehingga layur
Masukkan bawang putih dan tumis lagi hingga naik aromanya
Masukkan stock ayam
Kacau rata dan tuangkan air
Ita tambahkan secubit garam
Apabila air mendidih masukkan beras dan masak sehingga nasik tanak
Akhir sekali parutkan keju chedar gan gaul rata
Enak di sajikan dengan sajian daging atau ayam

No comments: