Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, October 30, 2014

Bersihkan Hati


 
 
Dalam melayari hidup dalam membesarkan anak-anak memang sangat mencabar dizaman siber ini. Mengeratkan kemesraan sesama anak-anak
 
 Sealiran dengan itu kita disarankan untuk bersih hati  setiap hari. Kita menanggung dosa setiap hari. Allah maha baik oleh itu kita tidak menanggung dosa orang lain. Bayangkan kita jika kita dosa itu digambarkan, pasti tak terbeban oleh kita untuk menanggung dosa. Setiap hari. Ya Allah memang benar aku ini digelar Ghurabah kerana selalu mengasingkan diri dipejabat namun ya Allah kau jadikan aku seorang hamba yang senantiasa dekat dengan sahabat-sahabat yang senantiasa mengingatkan aku kejalan nya.
 
Aku yakin Allah senantiasa beri ruang kepada hambanya lantaran itu mari kita muhasabah diri.
a)  Adakah kita sering memohon maaf dengan seiklhasnya. Tiada salahnya kita memohon maaf. kerana bukan tanda kita lemah  dan adakah berdendam itu lebih aula buat diri kita. Bukan dendam itu menambahkan stress kita oleh apa gunanya kita memikirkan. Maafkan sahaja pasti ia lebih tenang,
 
b)Tazkiyatul Nafsu- kita boleh bersih dengan memperbaharui hidup kita. Usahakan diri untuk bangun malam. (peringatan diri) Disiplinkan diri untuk terus istiqomah membaca quran. Guran yang akan memberi syafaat kerana Al quran akan senantiasa dismaping dimasa didalam kubur. Kita mendamping al Quran didunia dan yakinlah Al quran menjadi pendamping kita . Namun kita perlu satu lonjakkan untuk terus istiqomah antaranya
a) baca Quran
b) Tadabbur
c) Mengaji
d) Mengafaz
e) mengamalkan (apply)
 
Bagaimana? ada kah teori diatas diamalkan .. allahuakhbar terlalu lama alpa didunia. Yakinlah bahawa Allah melihat kesungguhan kita. Ya Allah Aku berlindung dari jiwa yang tak pernah kenyang, tidak pernah merasa syukur, berlindung dari ilmu yang bermanafaat, hait yang tidak kusyuk, dan doa yang tidak dimakbulkan
 
Ya Allah sematkan diri ini seperti Hamsak yang tak pernah henti mendoakan anak-anaknya.  melalui surah al imran:200 doa  untuk tambahkan keyakinan. Baca pada ubun anak-anak.
 
 
 
 ﻳَﺎ ﺃَﻳُّﻬَﺎ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﺁﻣَﻨُﻮﺍ ﺍﺻْﺒِﺮُﻭﺍ ﻭَﺻَﺎﺑِﺮُﻭﺍ ﻭَﺭَﺍﺑِﻂُﻮﺍ ﻭَﺍﺗَّﻘُﻮﺍ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮﻥَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah
 
Sumber : Ustazah Norhafizah
 
 
 


No comments: