Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, October 29, 2014

One Day Quater Juzuk Project


Alhamdulillah telah diterangkan sebelum ini, bersyukur berpeluang berjumpa dengan sahabat yang menukilkan projek ini untuk dijadikan amalan. Sedar atau tidak kami berjaya membaca 5 Juzuk dalam jangkamasa sebulan. Subhanallah. Ayauh kita renungkan ayat dibawah
At Taubah . Perjanjian Hudaibiyah... ayat 4

ﺇِﻻَّ ﺍﻟَّﺬِﻳﻦَ ﻋَﺎﻫَﺪْﺗُﻢْ ﻣِﻦَ ﺍﻟْﻤُﺸْﺮِﻛِﻴﻦَ ﺛُﻢَّ ﻟَﻢْ ﻳَﻨْﻘُﺼُﻮﻛُﻢْ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﻭَﻟَﻢْ ﻳُﻆَﺎﻫِﺮُﻭﺍ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﺃَﺣَﺪًﺍ ﻓَﺄَﺗِﻤُّﻮﺍ ﺇِﻟَﻴْﻬِﻢْ ﻋَﻬْﺪَﻫُﻢْ ﺇِﻟَﻰٰ ﻣُﺪَّﺗِﻬِﻢْ ۚ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﻤُﺘَّﻘِﻴﻦَ

Kecuali mereka yang kamu mengikat perjanjian setia (dengannya) dari orang-orang musyrik, kemudian mereka tidak mencabuli perjanjian kamu itu sedikitpun, dan mereka tidak menolong seorangpun yang memusuhi kamu, maka sempurnakanlah kepada mereka perjanjian mereka sehingga (habis) tempohnya. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaqwa


Allah mengarahkan Rasulullah memutuskan perjanjian damai (MOU) bersama orang kafir iaitu perjanjian Hudaibiyah yg asalnya perjanjian berlangsung selama sepuluh tahun tetapi tak sampai pun setahun setengah orang kafir pun dah menghianati perjanjian. ﻳُﻆَﺎﻫِﺮُﻭﺍ "Yozhohiru" dalam ayat 4 bermaksud Khianat atau mencabuli.
ﺑَﺮَﺍءَﺓ "Bara ah" Maka Allah berlepas tangan tak kena mengena dengan apa yang kamu buat... Allah memberi tempoh selama 4 bulan untuk bersiap sedia...
Rasulullah telah memeterai perjanjian antara nabi dengan org kafir mekah pada 7 hijriah. Perjanjian dimeterai kerana orang kafir tak membenarkan Nabi untuk menunaikan Umrah. Lantaslah Nabi Utus saidina usman meninjau.. mendapat berita angin mengatakan dibunuh oleh orang kafir. Maka termeterai bai ah .. (perjanjian Ridwan) di sebatang pokok untuk membalas dendam pembunuhan Saidina Usman. Padahal Saidina usman tak kena bunuh pun. Apa lagi Orang Kafir pun takut. Maka hantar wakil Suhail Bin Amar maka berlakulah perjanjian Hudaibiyah (yg mana berat sebelah). Antara perbincangan Nabi tak boleh masuk mekah tahun tu perlu balik ke Madinah dan dalam tempoh ini tiada berperang.
 
Sumber dari . Ustaz Nazmi

No comments: