Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, October 20, 2014

Diarrhoea and vomitting... Poor Aysh

 Dari hari Rabu yang lalu Aysh sudah tidak bermaya. badannya demam. Balik seolah-olah tidak upaya. Jalan Pulak terlalu jam maka kami menunggu kereta di jalanan surut. Jam hampir 10.00 masih belum surut juga namun ku redahkan juga.

Setibanya, Aysh masih panas badannya dan sangat panas ku rendamkan dengan air asam jawa kerana air asam seperti asam jawa, cuka epal dan sebagainya membolehkan pori-pori terbuka dan membuatkan udara masuk kedalam badan.  Dan muntah semakan kerap. Setiap kali suapkan susu dia pasti akan muntah.

Esoknya Aysh mula cirit birit dan decided untuk duduk bersamanya. Ubat demam tak mampu mengugbat nya berlarutan hingga ke hari sabtu dan aku decided membawa berjumpa Datin Dr marina. Memang sudah dijangka pasti dimarahi oleh Datin Dr Marina kerana lewat datang. Beliau memberi Probiotik dan Smecta untuk melegakan. Memang sangat berkesan. Pesan Datin Dr marina seorang ibu perlu tahu ubat-ubatan anak-anak. So apa lagi balik berguru dengan Dr Google laa kan

Moga Aysh terus kuat melawan penyakit ini dan kembali aktif seperti Aysh selalu.
 Masih tetap aktif walaupun kelihatannya tidak bermaya
 Bekalan dari Putera Medical Centre dari Datin Dr  Marina

Keletihan kerana sering poo dan muntah.


Kebaikan probiotik untuk kesihatan yang terbukti secara klinikal:

Meringankan serta mengurangkan gejala alahan terhadap laktosa (susu)
Enzim laktase menukarkan laktosa (di dalam produk tenusu) kepada glukosa dan galaktosa yang boleh digunakan oleh tubuh kita. Mereka yang menghidap alahan terhadap laktosa mempunyai tahap enzim laktase yang tidak mencukupi. Ini bermakna laktosa tidak boleh dihadamkan dan diserap, mengakibatkan cirit-birit, senak perut, kembung perut dan sakit dibahagian abdomen. Probiotik seperti Laktobasilus gasseri menghasilkan laktase, oleh itu ia dapat membantu meningkatkan tahap enzim yang rendah sekali gus rnengurangkan gejala alahan ini.

Meningkatkan penghadaman
Mikroflora usus yang seimbang mempunyai kesan positif ketara terhadap penghadaman. Ia membantu mengawal ketidak-hadaman dan senak perut selepas makan.

Meningkatkan penyerapan mineral
Probiotik juga membantu meningkatkan penyerapan mineral seperti kalsium, magnesium dan fosforus di dalam badan.

Menghasilkan vitamin
Probiotik berkeupayaan menghasilkan vitamin seperti dan vitamin C dan beberapa jenis vitamin B.

Melegakan gejala cirit-birit
Probiotik telah terbukti secara klinikal dapat melegakan gejala cirit-birit dan memendekkan tempoh serta kekerapan cirit-birit. Probiotik memulihkan keseimbangan mikroflora, yang menjadi tidak seimbang akibat sesetengah ubat seperti antibiotik yang membunuh semua jenis bakteria termasuk bakteria baik.

Menguatkan sistem ketahanan badan
Sistem gastrousus ialah organ ketahanan badan yang terbesar bagi tubuh. Keadaannya yang menentang baktenia dan merupakan sistem yang seimbang dapat melegakan tekanan imunologi yang dikaitkan dengan sistem badan yang tidak sihat.
Telah terbukti bahawa probiotik mempunyai kesan anti-kolonial ke atas bakteria yang memudaratkan. Kesan positif lain seperti menghalang penghasilan bahan toksik (kesan sampingan daripada metabolisme badan atau dari baktena jahat) juga telah dibuktikan.
Probiotik juga didapati meniberi kesan positif ke atas beberapa penyakit gastrousus seperti IBS dan penyakit radang usus. Kajian terkini menunjukkan bahawa dengan pengambilan probiotik yang teratur selesema biasa dan gejala yang teruk dapat dikurangkan.

Hidup sihat dengan vitamin dan mineral
Vitamin ialah faktor bersama bagi mekanisme enzim dan hormon, mempengaruhi perkernbangan dan fungsi organ yang berlainan, menjadikannya faktor pelindung penting bagi sel.
Mineral ialah komponen struktur bagi makro-molekul (tulang hormon) dan merupakan sebahagian daripada cecair tubuh. Ia juga adalah sebahagian daripada enzim dan tindak balas berenzim, iaitu sebagai penghubung serta membantu memindahkan dan membebaskan oksigen (seperti unsur besi dalam eritrosit dan sel otot).

Manakala smecta pula  berfungsi sepert ORS. Tetapi ia nya lebih  sesuai untuk bayi yg 6 bln ke atas. Alhamdulillah berkesan untuk Aysh. Nampak kurang namun ujian melanda Aysh lagi... petang kelihatan bintik-bintik seperti campak... 

No comments: