Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, October 2, 2014

Belajarlah Mengawal Emosimu Wahai si Isteri




Seorang ibu yang moody akan sangat terkesan dalam sesebuah keluarga. Dalam usia mencecah 40 tahun perlu mengawal emosi diri. Sangat perlu sebenarnya iaitu kepandaian kita berlawak jenaka agar rumah tangga kita jangan tegang. Seorang ibu perlu padai berlawak jenaka. Seorang ibu yang serius akan memberi impack dalam sebuah keluarga.
Kita memilih sama ada kita mahu bahagia. Yang selalu menyakitkan hati antaranya, ambil serius dengan segala orang lain. Cubalah lentur diri kita untuk cuba  jawab dengan gurauan kita tak rasa benda tu tak terlalu menyakitkan. Kita akan lebih ikhlas dalam mencari pandangan Allah. .. Kita ambil sebahagian itu adalah membersihkan hati. Sesuatu yang kita terima yang tak baik tapi kita lawan dengna memberi kebaikan
Begitu juga dalam hal rumahtangga kita perlu membahagi-bahagikan tanggungjawan agar kita dapat managed rumahtangga. Rumahtangga bukan hidup untuk sekadar sehari atau dua namun berpuluhan tahun oleh itu kita perlu duduk berbincang dalam menanganinya. Ujian kami ketika ini tiada pembantu namun berkat bantuan dihulur dari semua menjadikan kerja ini tidak terbeban oleh si ibu. Si ibu perlu menjalalani tugasan baru menghantar siputeri kecil kerumah nenda manakala anakanda perlu menjalankan tugas rumah tangga mengangkat baju dan menyapu sampah dan sebagainya. Kekadaang hati ini merasa sangat sayu melihat anak sekecil ini menjalankan tugas ini.  Ya Allah bersyukur nya hambamu ini dikurniakan seorang khalifah yang hebat membantu ibunya. Memang seorang yang hebat. Moga ibu berjaya membentuk dirimu untuk menjadi seorang khalifah yang banyak memberi manafaat insan lain.


 
Berehat seketika sambil menungguh kepulangan abang Adamnya dari sekolah

Mengemas laman dikala bosan sambil melayani anak-anak kucing sebanyak 7 ekor dirumah dengan memberi makan

Beginilah rupa freezer kami tiap hari sabtu dipenuhi dengan stok seminggu.

No comments: