Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, September 28, 2014

Air Tangan


Ahli psikologi sepakat menegaskan bahawa orang yang melakukan kerja dengan penuh kasih sayang, ceria dan tulus, hasil kerjanya akan berkualiti. Dorongan kerjanya bukan untuk ’mendapat’ tetapi untuk ’memberi’. Seorang ibu yang memasak adalah didorong untuk ’memberi’ kasih sayang kepada anaknya berbanding seorang ’chef’ yang memasak atas dorongan ganjaran komersil.

"Air tangan’ bukan hanya ada pada kerja memasak malahan ia ada dalam setiap jenis pekerjaan. Ia adalah aliran kasih sayang dan kecintaan yang seharusnya mengalir dalam setiap pekerja, Setiap individu muslim wajar bekerja kerana ALLAH untuk berkhidmat sesama manusia. Seorang yang paling kasihkan ALLAH, dialah yang paling kasihkan manusia dan orang seperti inilah yang paling tinggi kualiti kerjanya.


Oleh itu, percayalah..seorang anak akan sentiasa merindui masakan ibunya jika terpisah sekian lama.

No comments: