Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, November 10, 2014

Berlapang dadalah

 
Di awal Surah an nahl allah menyuruh kita banyak belajar iktibar tentang alam.. yang penghujung ..allah meminta nabinya banyak bersabar .. Allah kata hendakalah kamu sabar dengan mereka jangan kamu sempit dengan apa yang mereka rancang. Berlapang dadalah kamu dengan perancangan musuh kamu.

Betapa bahagianya orang yang bersabar dengan segalanya..seandainya kita membalas kejahatan itu dengan kebaikan adalah jauh lebih baik.
Petikan dari buku Asbabun Nuzul , Sejarah Turunnya Ayat-ayat Al Quran, Oleh: Imam Jalaluddin As Sayuthi,
"Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar."
 (Surah an Nahl: 16:126)
"Dan bersabarlah (wahai Muhammad terhadap perbuatan dan telatah golongan yang ingkar itu); dan tiadalah berhasil kesabaranmu melainkan dengan (memohon pertolongan) Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka, dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan."
 (Surah an Nahl: 16:127)
"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."
 (Surah an Nahl: 16:128)
Dalam suatu riwayat ada dikemukakan bahawa ketika Rasulullah berdiri di hadapan mayat Hamzah yang syahid dan dirosakkan anggota badannya, bersabdalah Rasulullah: "Aku akan bunuh 70 orang dari mereka sebagaimana mereka lakukan terhadap dirimu." Maka turunlah Jibril menyampaikan wahyu terakhir dalam surah an Nahl (Surah an Nahl: 16: 126-128) ketika Nabi masih lagi berdiri. Wahyu ini turun sebagai teguran kapada Nabi dan Rasulullah melupakan hasratnya itu.
 (Diriwayatkan oleh al Hakim dan al Baihaqi di dalam kitab ad Dalail dan Al Bazzar dari Abi Hurairah)
 Dalam riwayat lain ada dikemukakan bahawa ketika perang Uhud seramai 70 orang Islam mati syahid. Ia terdiri daripada 64 orang dari kaum Ansar dan 6 orang dari kaum Muhajirin dan di antaranya termasuklah Hamzah. Kesemuanya dirosakkan anggota badannya dengan kejam. Berkatalah kaum Ansar: "Jika kami mendapat kemenangan, kami akan melakukan lebih dari apa yang mereka lakukan." Ketika terjadinya peristiwa pembebasan kota Mekah turunlah ayat ini (Surah an Nahl: 16: 126) sebagai larangan kepada kaum Muslimin mengadakan pembalasan yang lebih kejam dan dsarankan kepada mereka supaya bersabar.
 (Diriwayatkan oleh at Tarmizi yang menganggap hadis ini hasan dan al Hakim dari Ubay bin Kaab)
Menurut kesimpulan yang dibuat oleh Ibnu Hishar, ayat-ayat ini turun sebanyak tiga kali. Pada mulanya turun di Mekah, keduanya pada perang Uhud dan ketiganya pada waktu Fathu Mekah untuk memberi peringatan kepada hamba-hambanya




 Lunch box ini banyak berjasa .. membantu untuk mengurus masa.


rujukkan :azmirul.blogspot

No comments: