Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 11, 2014

Isra....

 


 
 


Pengajian diteruskan bersama anak-anak . Kali ini melusuri Juzuk 15 dengan kisah Al isra. Perkongsian dengan anak-anak  dan sicilik Aysh. Lihatlah betapa genitnya dan berusahanya menyertai kami semua.

Surah al isra juga dikenali dengan bani israil. Dalam surah isra, kita hanya cerita kisah isra iaitu perjalanan Rasulullah pada waktu malam. Dalam surah ini tak diceritakan mikraj(naik ke langit. Didalam surah an najmi allah cerita tentang mikraj. Al aqso= yang paling hujung (jauh) 

suratul isra kerana dia mula dengan kisah isra..dan juga dinamakan bani israil kerana menceritakan kisah bani isral dalam surah ini. Kita tahu bahawa nabi musa banyak kisah nabi musa. Banyak kali disebutkan al quran . Quran bila kita kaji di bawa kita ke angkasa, dia turun kita ke bumi . seperti ini dia bermain dengan insan. Dia guna hanya dengan pecaturan Bahasa.

Ayat 1

Subhan… aku memuji Allah dari kesucian .. Tauhid mesucikan diri dari menamakan Tuhan selain dari Allah. Tetapi insan yang besar insan yang menyebut Subhanallah. Perjalanan isrok adalah satu keajaiban. Suhanallazi.. maha suci yang menjalankan dia. Allah yang menjalankan Muhammad. Supaya orang tidak berkata hebatnya Muhammad. Supaya orang mengetahui segala percaturan itu diaturkan oleh Allah.  Keajaiban balik pada Allah.

Ayat 2

Kami telah beri kepada musa kitab.. dan kami jadikan sebagai petunjuk kepada bani israil. Wa ataina musa.. Kami (kebesaran) maksud satu pihak yang berauthoriti didalam memberi pandangan hokum.

Kami kitab petunjuk kpd bani israil. Jangan kamu ambil mereka ambil sebagai sandaran.

Cara quran … dia tuju kepada bani israil dan kita.. Jangan kamu ambil selain dari quran sebagai wakil


Wahai zuriat yang kami telah bawa dengan nuh. …. Zuriat adam yang hapus patut yang tinggal saki baki dizama nuh ( nabi mohamad, nabi musa dan nabi nuh) dalam dua ayat ini. Sesungguh nya dia nuh  seorang hamba yang bersyukur. Abdan ( hamba yang bersyukur). Maha suci dia yang menjalankan hambanya (Nabi Muhamad yang satu dia bawa dengan burok dan yang satu dibawa dengan kapal. Keindahan alquran.
 oleh kerana perjalanan isra satu keajaiban… Maka Allah mula “subhanalazi ” maka Allah telah menjalankan dia .Para ulamak tafsir memperkatakan ilmu bidang quran –didalam menaksirkan al quran ilmu munasabah. Kesesuaian dan kemunasabahan tentang sesuatu ayat yang diturunkan. SUSUNAN alquran disebut taukifi..susunan dibuat oleh jibril ketika jibril datang kepada nabi pada bulan Ramadan semasa jibril tadarus dengan nabi.


 

 
Lunch box hari ini

No comments: