Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, November 12, 2014

Segalanya Kerdil Jika Kembali Kepadanya


Duka, gundah dan derita itu tidak diminta. Bahkan kita disuruh untuk berlindung dengan Allah daripada semuanya. Kita tidak mencari namun jika ia datang jua, kita akan sabar mengharapkan agar kita tenang hadapinya dan mengharapkan pahala dan keampunan

Duka dan derita boleh menimpa pada menreka yang miskin dan juga kaya. Menimpa mereka yang dianggap hamba dan juga mereka yang bergelar raja. Ada kala datang bersebab dan ada kala seakan tidak tahu sebabnya. Ada kala kelihatan sebab itu sangat kerdil tetapi derita jiwa yang terkena sangatlah besar.

Oleh jika insan ditimpa musibah dia disuruh kembali memahami hakikat duni ini .. Allah berfirman
" Demi sesungguhnya KAMI akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut, kelaparan, kekurangan dan harta benda dan jiwa serta buah-buahan, dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang yang apabila mereka ditimpa oleh musibah, mereka berkata  " sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu orang dilimpahi dengan pujian daripada TUHAN mereka serta rahmatNYA dan mereka itulah orang yang dapat petunjuk" - Surah Al Baqarah 155-157

Musibah... apabila isnan teliti, tidaklah sebesar mana... apabila insan itu meneliti dan merenungi hakikat kehidupan ini serta bergantung kembali kepada ALLAH maka segalanya-galanya itu kerdil semata-mata

sumber : Penawar Duka Pengubat Sengsara - Prof Madya Dr Maza

No comments: