Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, November 13, 2014

Ya Fattah Ya Rozzaq

 Meraikan kejayaan Anis... Tiramitsu
 
Dikala menerima berita dari Anis , beliau mendapat keputusan yang cemerlang hati ini begitu gembira dengan anugerahnya itu. Namun bahagia itu hanya seketika kerana dikhabarkan berita dari Alif yang kurang menyenangkan. Hati tiba-tiba menjadi gundah. Muhasabah diri .. memikirkan apa silapnya. Memang benar dikala Alif mejalani peperiksaan beliau sendirian tanpa bimbingan dari ibu. Dikala ibu lain sibuk menemani anaknya, ibu ini sibuk melayan adiknya yang masih bayi lagi. Dikala dia perlu menumpukan pelajarannya dia dipaksa untuk menjaga adiknya.
 
Ya Allah jika benar ini satu peringatan buat diri yang bergelar ibu, tunjukkan kepadaku, berikan aku kekuatan untuk melalui tugas-tugas berat dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.  Berikan khabar gembira pada orang SABAR.
SABAR ........pabila kita tiada pilihan kita akan sabar dan terus memujuk diri untuk bersabar. Sesungguhnya sabar itu pada kali hentakan yang pertama sangat sakit. Contoh yang paling mendesak bila kita rugi dalam urusan perniagaan dan dimasa tu pahala yang paling besar buat kita  kerana  boleh bersabar. Allah tahu beban  cuma kita perlu yakin .. Kita seringkali  gopoh bertindak kerana kita tak tahu bulan depan tahun depan. Perasaan di ketika itu hanya kita tak tahu yang kita rugi dan kita bayangkan keburukkan akan datang. Disitu datangnya makna tawakkal pabila kita bergantung pada Allah allah tidak akan tinggal kita. Mungkin kita mabuk laut tetapi kita tak tenggelam
Waman Yattaqillaha Yaj’allahu Makhrajan Wa Yarzuqhu Min Haithu La Yahtasib. Waman Yatawakkal ‘Allahi Fahuwa Hasbuh. Innallaha Balighu Amrihi Qad Ja’alahullahu Likulli Syaiin Qadra."(surah At Talaq ayat 2-3)
 Siapa yang bertakwa dengan NYA.. ALLAH rezeki pada nya ALLAH sediakan jalan tanpa yang tidak disangka.  Ayat tawakkal sangat bermakna. Tawakkal setelah kita berusaha kita sandarkan sungguh –sungguh pada Allah . Mulut kita kata tetapi jiwa kita tak kata. Kita banyak chanel kerana kita tak bulat pada Allah. Apa-apa Allah tolong kita . Kita bergantung pada punca pada segala sebab .

Sesungguhnya Allah menyampaikan urusanNya dan Sungguh Allah menjadikan bagi segala sesuatu ukuran yang tertentu”. Jadi apapun masalah yang dihadapi jangan berpaling dari pertolongan Allah. Selalu harapkan pertolongan Allah kerana Allah itu senantiasa mendengar.

Ilahi, setiap kali, bila kurenungkan kemurahanMu yang begitu sederhana mendalam akupun tersentap dan lalu aku membulatkan sembahku padaMu. Semoga Allah selalu membukakan mata hatiku untuk selalu bisa melihat seluruh nikmat dan kurniaanMU  yang  KAU berikan serta mensyukuri seluruh pemberian.
Ya Fattah,... (wahai Zat yang Maha Membukakan) wa Ya Rozzaaq,... (dan wahai Zat yang Maha Merezekikan), segala puji bagiMu yang telah memberikan Nikmat dan Kurnia yang sangat besar kepadaku. Semoga KAU menjadikanku sebahagian dari orang-orang yang selalu bersyukur,.....



 
semalam bagaikan nasi ambeng lunch box ku

No comments: