Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, November 14, 2014

Mengejar Bahagia Hakiki

 Dunia dan segala isinya tidak akan dapat membawa kebahagiaan ke dalam sanubari insani kecuali insan itu mengenali ALLAH, mendampinginya, memohon daripadanya merintih padanya. . Insan mencuba pelbagai perkara dalam kehidupan tetapi mereka tetap gagal menemu sakinah, kebahagian dan ketenangan hakiki selagi mereka tidak kembali menyerah  jiwa raga, roh dan jasad tunduk kepadanya.

Kita hanyalah perantau dunia yang pasti akan pulang semula kepangkuannya. Iman itu bukan mudah dicari  namun usaha kearahnya itu tetap dikira sebagagai ibadat. Al quran dan al sunnah membimbing insan dalam mencari kebahagian yang hakiki ini.

" Wahai manusia! sesungguhnya telah datang kemapdamu satu nasihat pengajaran daripada TUHAN kamu dan yang menjadi penawar bagi apa (penyakit-penyakit) yang ada dalam dada kamu, dan juga menjadi petunjuk serta membawa rahmat bagi orang yang beriman "- surah yunus 57.

 Hari dan waktu terus mendatang dan pergi, Jika jam berhenti masa tetap berjalan tiada makhluk yang dapat menghalang kedatangan waktu dan masa. Perjalanan masa adalah keajaiban ciptaan NYA. Ramai orang lupa bahawa bahawa masa itu makhluk Allah. Namun waktu tidak boleh mengubah hakikat sesuatu disisi Allah. Disisinya insan yang mulia tetap mulia walaupan dipandang hina oleh insan lain. Masa tetap mengejar kita semua untuk sampai ke perhentian dan kita mengadap TUHAN ketika itu yang dinilai antara insan yang beruntung dan yang rugi.

 
Lunch Box Semalam.. ikan masin goreng cili kering

No comments: