Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, November 10, 2014

Escapism

 Beginilah keadaan kami dihujung minggu demi membesarkan anak-anak. Mencari sumber yang halal dan memberi yang halal untuk anak-anak. Dipasar Borang Klang.
 
 kuliyyah subuh sabtu lepas bersama ustaz Rafizal berhubung dengan kes "I want touch the dog" sangat terkesan
 
Takdir sering menguji kita... dan sering kita bertanya mengapa aku begini dan pabila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang menerima nasib begini? Kita merasakan kitalah yang paling malang. Dengan mudah perkara-perkara yang remeh itu menjadikan kita hanyut dibuai kesedihan dan menghukum orang persekitaran kita.  Kita hanyut dan terus hanyut dengan kesedihan yang tak bertempat. Pabila orang sekitar kita tidak memenuhi keinginan kita kita mula menyalahkan takdir bahawa diriku malang. Hanya mulut mengaku Allah itu Tuhan tetapi mengapa dengan takdir-Nya kita enggan? Semacam terlupa kata peneguhan di dalam al hadis dan Al Quran bahawa besarnya masalah, beratnya ujian dan hebatnya cabaran… berkadar terus dengan kekuatan iman.
 
Wahai diri, bergembiralah dengan pahala di sebalik ujian itu. Tenanglah dengan jani-janji syurga. Ini bukan ‘escapism’ tetapi itulah iman.
 
Pada saat genting jiwa sakit diuji, pada saat  itu  tekanlah butang ‘pause’. Bertanyalah pada diri, Berusahalah untuk memperbaiki diri. Fikirkan sejenak adakah rajuk kepada anak-anak membawa kebaikan atau bersifat terbuka itu lebih baik. Di zaman bersifat terbuka itu jauh lebih baik.. wahai anakku, ibu tahu rajuk ibu tidak memberi kesan kalian jika ibu berubah dengan bersifat terbuka lagi memberi kesan kepada kalian. Ujian membimbing kalian memang sangat besar namun moga Allah memberi kekuatan buat diri kami sebagai ibubapa untuk terus tabah dan kuat dan tidak mudah kecewa dan rajuk.... kerana rajuk selalu memakan diri. Be positive and moving forward.
 
 Dakap cinta Allah erat-erat.  Tempuhlah jalan-jalan yang baik dan dibenarkan oleh syariat untuk membetulkan keadaan. Jangan cuba membasuh najis dengan air najis. Maksudnya, jangan gunakan jalan yang salah untuk membetulkan kesalahan pasangan kita. Nanti keadaan akan bertambah buruk. Terimalah takdir itu dahulu. Jangan mungkir. Kita tidak mungkin dapat mengawal arah tiupan angin, tetapi kita masih mampu mengawal kemudi pelayaran.
 
Oleh itu jika kita ingin mendapat rumah tangga yang bahagia, kita terpaksa belajar ‘melepaskan’ perkara-perkara lain. Rumah tangga kita adalah keutamaan. Ia amanah Allah, harapan kita dan anak-anak kita. Sebaliknya, segala kesukaan atau keseronokan kita yang lain mungkin terpaksa kita korbankan demi membina kebahagiaan ini.Inilah pengorbanan.
Tanpa pengorbanan tidak akan ada kebahagaiaan. Kita akan rela dan tega berkorban jika kita benar-benar inginkan rumah tangga ini berjaya. Jika tidak, kita terpaksalah mengorbankan rumah tangga ini… Apakah ini berbaloi? Tidakkah ini seperti kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran? Atau mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan?
 

Sumber - Gentarasa ustaz Pahrol

No comments: