Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, November 7, 2014

Terang Cahaya




 
Lunch Box hari ini

Malam tadi kami bercerita tentang matahari yang disebut dalam surah Al Ra'd ayat 2. Menerangkan akan kewujudan Matahari.  Semua yang dijelaskan bukan saja tetapi untuk memberi keyakinan bahawa ada pertemuan dengan Allah. Menjadi aqidah yang asas. Kita perlu bersedia untuk mati.

Wahai manusia bertaqwalah pada tuhan kamu takutlah pada hari yang mana seorang bapa tak boleh menolong bapanya dan seorang anak tak dapat menolong bapanya. Pada hari itu untuk kami amalan kami untuk kamu amalan kamu. Bagi setiap orang pada hari itu, urusan yang sangat sibuk. Oleh itu jika keyakinan ini tidak ditanam dalam diri anak-anak maka maka mereka akan leka. Bersegera melakukan amalan soleh kerana mati itu tidak tangguh2. Jika kita tidak beringat dan bersedia jadilah kita orang yang sangat menyesal maka bangunlah merintih dan minta kepada Allah supaya  kita bersedia pada hari kita bertemu pada Allah

ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺍﻟَّﺬِﻱ ﺭَﻓَﻊَ ﺍﻟﺴَّﻤَﺎﻭَﺍﺕِ ﺑِﻐَﻴْﺮِ ﻋَﻤَﺪٍ ﺗَﺮَﻭْﻧَﻬَﺎ ۖ ﺛُﻢَّ ﺍﺳْﺘَﻮَﻯٰ ﻋَﻠَﻰ ﺍﻟْﻌَﺮْﺵِ ۖ ﻭَﺳَﺨَّﺮَ ﺍﻟﺸَّﻤْﺲَ ﻭَﺍﻟْﻘَﻤَﺮَ ۖ ﻛُﻞٌّ ﻳَﺠْﺮِﻱ ﻷَِﺟَﻞٍ ﻣُﺴَﻤًّﻰ ۚ ﻳُﺪَﺑِّﺮُ ﺍﻷَْﻣْﺮَ ﻳُﻔَﺼِّﻞُ ﺍﻵْﻳَﺎﺕِ ﻟَﻌَﻠَّﻜُﻢْ ﺑِﻠِﻘَﺎءِ ﺭَﺑِّﻜُﻢْ ﺗُﻮﻗِﻨُﻮﻥَ

Allah jualah yang menjadikan langit terangkat tinggi dengan tiada bertiang sebagaimana yang kamu melihatnya, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; dan Ia memudahkan matahari dan bulan (untuk faedah makhluk-makhlukNya) tiap-tiap satu dari keduanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Allah jualah yang mentadbirkan segala urusan; Ia menerangkan tanda-tanda kekuasaanNya satu-persatu, supaya kamu yakin kepada pertemuan Tuhan kamu (untuk menerima balasan).

 
Matahari adalah sebuah bintang. Kejadiannya bermula lebih kurang 8-10bilion tahun selepas berlaku Big Bang, iaitu lebih kurang 5 bilion tahun dahulu. Proses nuklear yang berlaku dalam matahari melahirkan cahaya matahari (sunlight). Cahaya ini diibaratkan seperti nadi kehidupan bagi bumi kerana hampir semua jenis kehidupan di bumi ini memerlukannya dan memanfaatkannya melalui proses fotosintesis.
Walaubagaimanapun matahari mempunyai jangka hayatnya. Seorang fisikawan Jerman, Hermann von Helmholtz, pada tahun 1825 mengamati perkembangan matahari yang ternyata diameter matahari setiap tahunnya menyusut 85 m. Kalau pengamatan Helmholtz benar, maka berdasarkan perhitungan penyusutan diameter matahari, umur matahari hanya akan bertahan untuk waktu 20.000.000 sampai dengan 25.000.000 tahun sejak matahari mengalami penyusutan.
Untuk kurun waktu itu, teori Helmholtz ini cukup memuaskan para ilmuwan, sebelum akhirnya digugurkan oleh teori reaksi thermonuklir yang masih bertahan sampai saat ini.Sesetengah saintis meletakkan hayat matahari sebagai 10 bilion tahun. Selepas itu ia akan terkubur. Allah menjelaskan dalam surah at-Taqwir : ayat 1,
 
Maksudnya: “Dan matahari semasa ia digulungkan.”
 
Perkataan penting di sini ialah perkataan ‘kuwwirat’. Sahabat Abdulullah bin Abbas mentafsirkannya sebagai ‘zahabat’ yang bermaksud ‘pergi ‘ atau ‘menghilang’ manakala Imam Nasafi mentafsirkannya sebagai ‘hilang cahayanya’. Ia menjelaskan apabila berlaku hari kiamat alam ini seolah-olah digulung. Ia juga menjelaskan matahari semasa berada di penghujung hayatnya akan kehilanagn cahayanya.
 
Surau al an am : Manusia ini diciptakan dari  Tanah yang bercampur dengan air. Kemudian dia menetapkan tempoh dia akan mati dan tempoh tertentu yang sudah tertulis. Manusia hidup berapa lama dan alam ini berapa lama. Bagi tempoh berakhirlah kehidupan dunia dan datang kiamat. Allah menentukan tempoh pusingan. Matahari akan melengkapkan pusingan dalam tempoh setahun bulan bulan akan berhenti pusingan dalam tempoh sebulan. Dalam surah Yasin bumi bergerak juga. fakta ulamak matahari bergerak. Bumi berputarberedar mengeliling matahari dan matahari berputar/beredar juga.!!
 
BADAI MATAHARI

Sebenarnya kesatabilan matahari, seperti bintang-bintang yang lain, bergantung kepada tenaga yang mampu dihasilkan olehnya. Tenaga ini terhasil melalui proses nuklear yang melibatkan hidrogen bertukar menjadi helium di bahagian dalam matahari (core).
Selepas berbilion tahun berlalu, proses ini akhirnya terhenti disebabkan matahari kehabisan hidrogen dan dengan itu ia menjadi tidak stabil. Keadaan ini menyebabkan bahagian (core) menguncup ( contracts) dengan menghasilkan suhu yang tinggi.
Selepas masa berlalu, suhu di bahagian luar matahari menurun dan dengan itu pudarlah cahayanya. Keadaan ini selari dengan tafsiran Imam Nasafi berhubung perkataan kuwwirat dalam ayat Quran yang disebutkan. Akhirnya bahagian luar matahari ini bertukar menjadi gumpalan gas yang berbentuk asap dan terus terpisah daripada bahagian dalamnya.
Maka lahirlah planetary nebula. Dengan itu, tamatlah riwayat hidup matahari.
Sumber:
a)Quran Saintifik, Dr. Danial Zainal Abidin
b) kuliyaah ustaz

No comments: