Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, November 6, 2014

Bercerita Kisah Nabi Yusuf bersama sibujang dan siGenit

 Betapa keletahnya mengganggu abang-abang membaca


 
Alhamdulillah malam ini berkongsi kisah seterusnya Yusuf dikala digoda oleh Zulaikha. Menerangkan bagaimana dizaman nabi pun ada unsur godaan syaitan.  Bagaimana halusnya godaan dari Zulaikha dan demi sesungguhnya Nabi Yusuf menegaskan bahawa hanya pada Allah kita berlindung. Sanggup ke penjara kerana melepaskan segala hal dunia demi agama.

Dipenjara Allah kurniakan kepada Nabi Yusuf boleh menaksirkan mimpi. Ada antara mereka merujuk kepada nabi yusuf dan dikala itu Nabi Yusuf ambil peluang untuk berdakwah sebelum menaksirkan mimpi tersebut. Ayat 40 surah Yusuf


ﻣَﺎ ﺗَﻌْﺒُﺪُﻭﻥَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭﻧِﻪِ ﺇِﻻَّ ﺃَﺳْﻤَﺎءً ﺳَﻤَّﻴْﺘُﻤُﻮﻫَﺎ ﺃَﻧْﺘُﻢْ ﻭَﺁﺑَﺎﺅُﻛُﻢْ ﻣَﺎ ﺃَﻧْﺰَﻝَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺑِﻬَﺎ ﻣِﻦْ ﺳُﻠْﻂَﺎﻥٍ ۚ ﺇِﻥِ ﺍﻟْﺤُﻜْﻢُ ﺇِﻻَّ ﻟِﻠَّﻪِ ۚ ﺃَﻣَﺮَ ﺃَﻻَّ ﺗَﻌْﺒُﺪُﻭﺍ ﺇِﻻَّ ﺇِﻳَّﺎﻩُ ۚ ﺫَٰﻟِﻚَ ﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﺍﻟْﻘَﻴِّﻢُ ﻭَﻟَٰﻜِﻦَّ ﺃَﻛْﺜَﺮَ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ ﻻَ ﻳَﻌْﻠَﻤُﻮﻥَ

 

Apa yang kamu sembah, yang lain dari Allah, hanyalah nama-nama yang kamu menamakannya, kamu dan datuk nenek kamu, Allah tidak pernah menurunkan sebarang bukti yang membenarkannya. Sebenarnya hukum (yang menentukan amal ibadat) hanyalah bagi Allah. Ia memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan Dia. Yang demikian itulah Ugama yang betul, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.


Ayat 40:Manakala didalam penjara Nabi yusuf berdakwah yang mana orang merujuk kepadanya dia utk mentakwil mimpi. Menerangkan perkara aqidah yang mana perkara yang amat penting. Tiada hukum melainkan hukum Allah. Allah perintah untuk sembah Allah.Amanat yusuf kepada sahabat

a)       Ibadat milik Allah

b)       Hukum milik Allahﺇِﻥِﺍﻟْﺤُﻜْﻢُ ﺇِﻻَّ ﻟِﻠَّﻪِ  (inilhukmu illalillah) tiada hokum melainkan hukum Allah . Nabi bercakap dalam penjara. Hukum Allah nabi sebut dalam penjara. Tiada hokum hakam melainkan hukum allah.

Tapi ramai manusia yang tidak tahu.  ﺫَٰﻟِﻚَﺍﻟﺪِّﻳﻦُ ﺍﻟْﻘَﻴِّﻢُ (Zalikadinul qoiyimah). Itulah agama yang betul. Ini menunjukkan nabi mengambil kesempatan berdakwah.Ambil kesempatan untuk menyampaikan dakwah dalam apapun sekalipun.



No comments: