Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 4, 2014

ODQJuzuk diteruskan bersama si genit Aysh


 Moga jadi pendidik ummah wahai Aysh puteri ibu
 
 
Usaha diteruskan bersama Aysh... walaupun diuji dengan sakit batuk, anak kecil ini kuat menemani ibunya mencari ilmu. Sambil sambil menyusukkan ibu cuba memahami ayat-ayat Allah dan kali ini menyelusuri juzuk 12. . tertarik dengan Ayat 4 disurah yusuf kisah mimpi. Siapa sangka kumpulan ini sempurnakan 6 juzuk dalam masa sebulan. Allahuakhbar bahagianya berdamping dengan sahabat-sahabat yang senantiasa mengingati kan kita kejalan Allah. Nabi yusuf dianugerahkan dengan mahir menantakrif mimpi.

ﺇِﺫْ ﻗَﺎﻝَ ﻳُﻮﺳُﻒُ ﻷَِﺑِﻴﻪِ ﻳَﺎ ﺃَﺑَﺖِ ﺇِﻧِّﻲ ﺭَﺃَﻳْﺖُ ﺃَﺣَﺪَ ﻋَﺸَﺮَ ﻛَﻮْﻛَﺒًﺎ ﻭَﺍﻟﺸَّﻤْﺲَ ﻭَﺍﻟْﻘَﻤَﺮَ ﺭَﺃَﻳْﺘُﻬُﻢْ ﻟِﻲ ﺳَﺎﺟِﺪِﻳﻦَ

(Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku".


Di dalam hadith mimpi itu terbahagi kepada 3 bahagian iaitu mimpi yang benar dari Allah SWT, seperti wahyu kepada para nabi dalam tidur mereka atau pun ilham dan pertolongan kepada orang yang soleh dan yang kedua ialah mimpi buruk yang datang daripada syaitan. Seterusnya ialah mimpi biasa yang sering berlaku kepada kita dalam kehidupan seharian apabila terbawa-bawa perkara di waktu siang atau apa yang dilalui oleh kita ke dalam mimpi akibat kelesuan otak dan permainan minda separa sedar.

Ini berdasarkan hadith dari Abu Hurairah ra yang berkata bahawa telah bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam yang bermaksud : “Mimpi itu ada tiga bahagian iaitu berita atau khabar gembira dari Allah , apa yang berlaku dalam hidup seharian dan mimpi buruk yang menakutkan dari syaitan.” (hadith riwayat Ahmad)

Para ulama menyebut bahawa hendaklah orang yang bermimpi itu menjaga rahsia mimpinya dan tidak menceritakan kepada orang lain tentang apa yang dilihatnya kecuali ada keperluan yang mustahak dan hanya diceritakan kepada mereka yang amanah dan layak untuk mentafsirkannya

disebutkan dalam hadith baginda dari riwayat Abu Hurairah ra yang menyatakan bahawa bersabda rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda:“Janganlah menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang alim dan orang yang sering memberi nasihat (iaitu orang soleh).” (hadith riwayat Tirmidzi dan Ad-Darimi)

Manakala bagi orang yang diganggu oleh syaitan dan terjaga akibat mimpi yang tidak baik maka hendaklah segera memohon perlindungan Allah daripada syaitan dan meminta perlindungan Allah daripada bala dan musibah yang dilihatnya dalam tidur. Diriwayatkan oleh Jabir bahawa rasulullah salallahualaihiwassalam pernah bersabda : “Jika ada sesiapa di antara kamu yang bermimpi tentang sesuatu yang tidak disukainya maka hendaklah dia meludah (tanpa mengeluarkan air) sebanyak tiga kali ke bahagian kirinya dan memohon perlindungan Allah daripada syaitan sebanyak tiga kali dan kemudian berpaling dari tempat tidur dan mengubah kedudukan tidurnya.” (hadith riwayat Muslim)

“Apabila telah menghampiri zaman (kiamat), mimpi seseorang yang beriman itu hampir-hampir tidak dusta, dan yang paling benar mimpinya dikalangan kamu ialah orang yang paling benar percakapannya. Dan mimpi orang Muslim (yg sentiasa bercakap benar) itu adalah sebahagian daripada 45 bahagian kenabian. Mimpi itu ada 3: Mimpi yang baik, khabar gembira daripada Allah, mimpi kesedihan/kebimbangan daripada Syaitan dan mimpi dari perkara yang dilaluinya sendiri (terkesan dari apa yg terjadi pada dirinya). Maka apabila seseorang dari kamu melihat apa yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bangun dan menunaikan solat, dan jangan dia ceritakan kepada orang lain.(Sahih Muslim, dan lain-lain)

No comments: