Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, November 4, 2014

Teruskan Mendaki Wahai Sibujang


SPM.. hanya salah satu tangga..... all the best anakku

Dalam mengejar cita-citanya mungkin tanpa sedar beliau ada mengguris hati-hati kami namun
kejayaan mengubah manusia lain bermula dengan kejayaan mengubah diri kita sendiri. Jangan marah kalau orang lain tidak berubah seperti mana kita kehendaki kalau diri kita sendiri juga tidak berubah mengikut apa yang kita kehendaki. Oleh itu dalam membesarkan anak-anak memang banyak cabaran perlbagai ujian dan setiap anak mempunyai sifat yang berbeza-beza begitulah dengan Adam

Anakku Adam, gunakanlah prinsip ‘ujian dalah satu didikan Tuhan’. Tuhan sedang mendidik manusia melalui manusia. Hakikatnya hidup adalah sebuah sekolah dan orang yang menjadi punca ujian kita adalah guru kita. Ada maksud tersirat yang perlu kita pelajari daripadanya. Hadapilah ujian ini dengan mencari maksud di sebalik takdir Allah ini.

Tegasnya, lihatlah apa yang anda boleh lakukan pada diri sendiri terlebih dahulu untuk menyelesaikan masalah ini kemudian dengan sendirinya pengaruh kita untuk mengubah orang lain akan meningkat. Ingat jangan biarkan dunia mengubah senyuman anda tetapi biar dunia berubah kerana senyuman mu wahai anakku

Jangan mengeluh, kenapa manusia lain jadi begitu, begini … itu selamanya akan melekatkan kaki kita pada anak tangga ujian itu. Jangan memberontak, kerana kita tidak dapat mengubah realiti… dan kita terjun dari anak tangga yang anda berada sekarang. Jalan sebaik-baik, terimalah seadanya.

Kami ibu baba, sidikit pun tidak menyimpan sedikit dendam pada anak-anak. sedaya usaha kami untuk  hapuskan dendam, iri hati, marah yang bersarang dalam jiwa kita. Kerana kami yakin kemaafan akan membuahkan kebaikan… Manakala kebencian akan membuahkan kejahatan. Belajarlah menyayangi, nescaya kita akan semakin jahil tentang kebencian dan permusuhan.

First seek to understand than to be understood’ – pertama carilah jalan untuk memahami kemudian barulah kita difahami. Inilah adalah prinsip dalam mana-mana perhubungan.  Kami akan cuba untuk memahami jiwa anak-anak bagi membantu mereka melayari dan mereka mendaki cita mereka.

Hakikat yang perlu diakui adalah agenda pembelajaran dan pendidikan yang datang ‘direct’ daripada Allah untuk membangunkan diri kita. Manusia berkembang dan berkemajuan dengan melangkah anak tangga masalah demi masalah dalam hidupnya. Ini ‘syllbuss’ pelajaran yang anda tidak boleh mengelakkan diri.

Jadi, Adam  selalu sematkan di hati, bahawa orang-orang yang berjaya dalam hidup sebenarnya telah melalui agenda demi agenda yang sarat dengan dalam episod kehidupan mereka. Malangnya, kita selalu melihat apabila mereka telah sampai ke puncak tetapi ketika mereka mendaki di lurah atau tersembam ke lembah… tidak ada siapa yang tahu, apalagi ingin belajar darinya. Benarnya kata pepatah, cita-cita besar akan mengecilkan masalah.


rujukkan - Genta Rasa

No comments: