Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, March 8, 2015

Pelangi... Senatiasa Indah

Hari 3 Mac 2015 merupakan detik bersejarah buat semua pelajara yang menduduki peperiksaan SPM pada tahun 2014. 4.00pagi  masih gelisah dan sujud kepadaNYA merendahkan diri berserah berdoa dan bertawakkah padanya.

"Ya Allah aku berlindung dari afiatmu daripada hukumanmu, Aku berlindung daripada dirimu tidak dapat aku menghitung pujianmu seperti mana yang ENGKAU puji dirimu"

Setelah selesai urusan mengadu pada Allah bergegas ke Sekolah dikala itu pengurusan sekolah sedang memanggil anak-anak yang cemerlang untuk naik ke pentas kerana kecermelangan mereka. Sesampai di meja 5 Akaun 2 dan memohon keputusan Adam. Alhamdulillah syukur dengan keputusannya dan tidak pernah menjangka setinggi ini keputusannya.

Tiba-tiba terdengar deringan handphone .. dan terdampar nombor Adam. "ibu Adam dah dapat keputusan melalui SMS dan syukur Adam dapat PELANGI.... tersenyum diri ini sambil mejawab " Adam awak memang dah beri pelangi dalam hidup ibu dan semua anak-anak ibu umpama pelangi yang melakarkan berbagai pelangi dalam hidup ibu. " Lantas terdiam sejenak tanpa suara dari Adam..tiba-tiba terdengar semula. "Terima Kasih Ibu.

"Ibu semua bertanya result Adam boleh tak Adam share slip Adam?" Nasihat diberi " Adam, girang kita mungkin menjadi gundah pada orang lain ada baiknya tak perlu untuk dikongsikan cukup sekadar memberitahu berapa yang Adam dapat. .." oh ya ibu betullah kata ibu kerana kawan-kawan Adam ramai bermuram dan Adam baru perasan terima kasih ibu kerana beri penjelasan.

Wahai anakanda jangan berharap yang tinggi kerana bila mengharap yang tinggi gagal mencapainya maka diri ini akan umpama disedut semangatnya maka terlahirlah insan berjiwa zombie yang kecewa. Jika kita berserah, pastinya kita bersedia dengan apapun keputusan yang bakal kita terima.  Semangan juangmu untuk mendalami Islam amat ibu hargai dan sanjung dan akan ibu sokong 100%.. Teruskan perjuangan walaupun kita pelbagai halangan menanti. Doa ibu senantiasa mengiringi mu wahai anakanda ku sekelian

No comments: