Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, March 3, 2015

Mantapkan Dirimu Menjadi Pemimpin

Kasih sayang Allah kepada hambanya sangat luar biasa. Senantiasa mendengar rintihan hambanya. 
 Kami ibu dan abah senantiasa memimpin anak-anak mencari yang terbaik namun caturan Allah itu terbaik. Pemimpin yang besar itu dikenali melalui ujian yang dihadapinya. Semakin besar tahap kepimpinannya, maka semakin besarlah ujian yang Tuhan sediakan untuk ‘membesarkan’ lagi pengaruh kepimpinannya.
Kita bukan sekadar  pemimpin buat diri sendiri malah pemimpin kepada anak-anak. Jadi, kita pasti diuji! maka  kami sudah terpilih dan kepadanya kita bertawakkal.

“Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah dan Dialah yang mempunyai Arasy yang besar.

At taubah :129

 Adam, mantapkan diri dengan iman dan akhlak terpuji kerana setinggi manapun ilmumu namun jika akhlakmu hanyut pastinya akan tidak seimbanglah perjalanan mu nanti. Carilah ilmu wahai anak kerana segala amalan yang dilakukan perlulah bersesuaian dengan hukum syarak iaitu perkara amar makruf nahi mungkar dan bukannya amalan maksiat dan khurafat.Kuatkan fikir dan tingkatkan zikir dan yakinlah bahawa setiap susah payahmu ketika ini akan terbalas dan kami bukan orang yang berada-ada untuk meninggalkan harta buat anak-anak cukuplah berbekalkan ilmu buat kamu memilih jalan yang terbaik. Manusia yang baik bukan kerana keturunan tetapi didikan



Pastinya dikala ini semua ibubapa dan pelajar-pelajar SPM 2014 berdegup dada-dada mereka menunggu keputusan. Moga teruskan semangat yang jitu untuk meneruskan perjalanan mu wahai anak. Melangkah dan terus melangkah kerana perjalananmu masih jauh dan kami disini senantiasa membantu menunjukkan jalan yang terbaik dan jika tersasar jangan segan menegur kami.Pintalah pada NYA dan jangan malu untuk menangis ceritakan segala pada NYA.


Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?.......

Rujukkan : Ustaz Pahrol






No comments: