Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, March 2, 2015

Pencinta Kopi Tegar

Beberapa hari lagi maka bermulalah chapter baru dalam kehidupuan. Istiqomah diri untuk menempuh kesesakakkan jalan raya akan berakhir. Diri bagaikan tidak percaya akan caturan ini namun kuterimanya dengan hati yang terbuka. Pabila disampaikan berita itu , ucapan Alhamdulillah lahir dan menganggap caturan hidup pastinya akan bertukar.

Pabila diserahkan sampul surat , cuba menekuni dan melihat dengan teliti butiran muka surat depan. Bermain difikiran adakah anugerah dariNYA ataupun ujian buat  diri memang tidak pasti namun ku meniliti dengan hati terbuka. Berdetik dibenak ini

" Ya Allah jika ini anugerah buatku maka hambamu ini amat bersyukur dan moga anugerah ini dapat dimanafaatkan buat anak-anak dan suami dan moga diri ini dapat terus berkhidmat dan membantu ummah dan jika sesungguhnya ini ujian ya Allah kau berikan hati yang tabah untuk ku laluinya"

Hidup perlu berubah dan rentak yang biasa perlu mendapat rentak baru. Manusia merancang tetapi segalanya bergantung kepada perancanganNya yang pastinya percaturan Allah adalah terbaik. Rentak dulu banyak berhubung dengan ajensi kerajaan dan KPDNKK itu wajib dalam jadual. Urusan permitnya, urusan lesen, urusan dewan bahasa dan pustaka dan urusan-urusan berhubung kredit wakil jualan pasti menjadi kenangan. Tidak banyak maklum balas yang dilontarkan  lalu  kaki melangkah keluar.  Mungkin tersentak dengan berita, fikiran mungkin susah menerima bertekad untuk sekadar mengemas apa yang patut walaupun tahu masih banyak hari yang berbekal. Saki baki hari yang tinggal biarlah dapat membantu insan lain..Begitulah. Kehidupan yang dirancang tidak berakhir sebagaimana yang dihajati. Allah SWT memberi izin merasa berkhidmat dan mungkin setakat ini khidmat diperlukan .

Kaki melangkah keluar pejabat dikala jam menunjukkan pukul 6.00 petang. Cuba mencari ketenangan dengan kopi dan kek kegemaran untuk rehatkan minda ini kerana terlalu banyak rencana bermain difikiran dan biarlah ianya direhatkan dengan kopi kegemaran. Apapun berlaku pasti tetap istiqomah dengan air kopi ini. Jemput minum semua


No comments: