Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, February 27, 2015

Plastik




Semalam kelihatannya Amaar kelihatan sangat cemar (kotor) dengan baju yang agak besar. Beliau merasa kosong kerana abang-abang tiada dirumah. Amir ada sesi pemilihan bola sepak dan Adam pula berada dikampung Muar Johor.

Jiwa ini terasa bagaikan terasa agak murung melihat keadaan anak-anak  Namun untuk menenangkan dan pasti jika kita ingin memiliki hati yang tenang tenteram, hanya ada satu cara sahaja iaitu dengan zikrullah dan bacaan-bacaan ayat yang kita ingatkan. Kumulakan bacaan dengan surah Al Mulk yang setakat ini hanya ayat ku tujuh baru dihafal. Alhamdulillah, Hati mula tenang dan  tenteram  kupanjat syukur dengan nikmatnya dan sabar menghadapi ujian kehidupan dan memupuk diri agar ada ada sifat maaf-bermaafan, dapat mengawal kemarahan, berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan sentiasa bersangka baik dengan Allah dan manusia.

Naik keatas, tetiba terdengar deringan talifon... dan sudah kujangaka panggilan dari Alif. "ibu datang tak nanti Ahad ni?" Lantas jawabku "ibu tak pasti lagi kerana Ahad ni ibu ada meeting Surau." Kedengaran suara syahdu darinya....ibu tak pe lah. Alif menangis ke? Alif anak yang kuat kenapa sayang.. dia terus melayan hatinya lara. Hati ini tidak tenteram lantas menenangkannya  Ingat sayang Allah ada, Alif nanti solat dan cerita dengan Allah..." Ya Bu"  Insya Allah ibu akan datang dan ibu akan usahakan datang. Ibu mana yang tahan dengan tangisan anak yang rindukan ibunya. Semasa menghantar dia pulang ke Sekolah Menengah Agama Hira kelihatannya dia tenang rupanya PLASTIK sahaja.

Sekurang-kurangnya anakku ini cuba menjadi plastik untuk tidak merisaukan kedua ibu dan abahnya tetapi ramai manusia   menjadi plastik untuk kepentingan diri menjaga poket masing-masing.
Justeru, apabila melibatkan urusan orang lain, belajarlah untuk menghormati hak mereka. Untuk lebih selamat, ringankanlah mulut kita bertanya dan membantu  walaupun bantuan tak sebesar mana kerana kita pun bukan orang yang berADA namun niat membantu itu dapat meringankan jiwa-jiwa insan lain yang sedang gelisah. Ingat bahawa langit tidak selalu cerah......





No comments: