Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, February 26, 2015

La Tahzan ..Allah Senantiasa Ada



Cuti Hari Raya Cina yang lalu maa  banyak dihabiskan bersama anak gadis ini. Beliau menceritakan kisah gembira beliau tentang malam anugerah dekan akan berlangsung tak lama lagi dan memang tergambar diwajah beliau betapa gembiranya beliau.

Namun sebentar tadi tiba-tiba dikejutkan dengan personal  message whasup dari beliau. " Ibu anis tak boleh buat kuiz tadi"... and she crying . Naluri seorang ibu boleh merasainya. Lantas dengan segera ku membalas whatsup itu "Don't stress over things you can't control, you have done the best and be happy and cheerful my dear. what u need to do tawakkal and berdoa. Laa tahzan .

"I alone here ibu and like no one to tell my sad thing.. " Lantas ku jawab ingat wahai anakandaku, Allah ada..selalu cerita dengan Allah Bangun solat dan adukan segalanya. Allah mendengar dan ibu senantiasa bagi telinga ibu untuk awak dan jangan rasa diri seorang. Dimana awak berada Allah ada.

"Terima kasih ibu..." and ingat kakak I m your number one fan... She give a smile face .

Alhamdulillah merasa reda. Faham sangat keadaannya yang mana perasaan dengki sesama sahabat pasti timbul dan pernah merasa dizaman kuliyyah dulu. Bila kita dianugerahkan sesuatu pasti kawan-kawan mulai menjauhi mungkin kerana perasaan dengki tertanam itu lumrah. Sabar wahai anakaanda ku yang jauh disana. Hayati kisah nabi yusuf wahai anakanda.


melalui ayat 7, surah Yusuf, Allah SWT telah menyatakan,
Demi sesungguhnya! (Kisah) Nabi Yusuf dengan saudara-saudaranya itu mengandungi beberapa pengajaran bagi orang-orang yang bertanya (tentang hal mereka untuk mengambil iktibar).
ibrahnya kita lihat  bagaimana sesama adik-beradik bersifat dengki, khianat atau busuk hati sehingga sanggup berniat membunuh saudaranya sendiri. Itulah intipati kisah Yusuf dan saudaranya terlangsung beribu tahun yang lampau. Malah bagi mereka yang berilmu, kisah silam seiras bermula lebih awal seawal peristiwa bagaimana Qabil membunuh Habil kerana mempunyai penyakit hati yang sama. 

Namun kakak berprasangka baiklah.... setiap kejadian Allah beri itu pasti ada tersirat disebalik kejadian. Hidup ini satu pelayaran yang mana hanya mencari redha Allah untuk menuju ke syurga dan kemuncak didalam syurga apabila Allah redha sehingga kita dapat melihat Allah di syurga. Itu yang selalu dipesan pada Anak-anak bahawa segalanya tunjak utama adalah solat. Yang sibujang selalu diingatkan solat berjemaah di masjid. Adam yang kini berada kampung Lenga Muar Johor memang tidak putus berpesan untuk dia bangun solat berjemaah. Sampai bila perlu kita lakukan ?...jawabnya sampai bila-bila jangan putus harap. Sekurang-kurangnya anak-anak kita menjadi lebih baik pada kita kerana pada usia mereka ini kita jauh lebih jahil. Aurat tak tahu makna sebenar dan hijab sekadar fesyen . 

Manusia  yang berfikir belajar daripada kehidupan. Membuat pilihan yang betul berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Berusaha memperbaiki diri, mengelak daripada tertipu bisikan syaitan yang direjam.


Dan sesiapa yang menghendaki akhirat dan berusaha mengerjakan amal-amal yang baik untuk akhirat dengan usaha yang layak baginya, sedang dia beriman, maka mereka yang demikian keadaannya, diberi pahala akan amal usahanya.

(Terjemahan surah Al-Israa':19).

Sesungguhnya manusia yang diberi aqal akan terus bergerak mencari yang lurus dan pastinya akan bergerak bersama orang yang tersayang disamping anak-anak dan suami dan keluarga untuk mencari kejayaan hakiki  jiaitu mengejar syurga Firdaus.

semoga kita memasuki syurga Allah tanpa dihisab dengan rahmatnya. Lalu, dikurniakan Allah sebuah mahligai indah permai yang mengalir sungai di bawahnya.. Mudah-mudahan syurga Firdaus ya Allah.

Ya Rab, Tuhan penguasa alam dunia dan akhirat … perkenankanlah

Rujukkan : Prof Dr Kamil Ibrahim dan Prof Dato Dr Asri Zainal Abidin 



No comments: