Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, February 25, 2015

Mencapai Matlamat.

Mengubah rutin sememang agak sukar. Apatah lagi jika dikaitkan dengan tabiat, ia lebih sukar. Untuk merubah jadual anak-anak untuk bangun seawal subuh memang sangat sukar. Dulu kami mengambil ringan dengan alasan kasihankan anak-anak untuk menggerak mereka ke subuh. Atas alasan kasihan tetapi sebenarnya kita membiar mereka hanyut.

Jika benar kita kasih, kita perlu usaha lebih dari orang biasa-biasa. Usaha kami lagi perlu kuat lagi meamndangkan kami punyai 6 jasad yang perlu digerakkan setiap sebelum subuh. Usaha itu memang berat pada awalnya namun ia perlu diserap dalam jiwa anak-anak. Bukan waktu subuh dijaga malah malam mereka juga dijaga agar tidak alpa dengan dunia gadget mereka.



Pada fikiran jahilku dulu, biarlah mereka kerana mereka masih jauh lagi tetapi tidak kah mereka ini juga akan jadi seperti kita maka putaran masa berubah cara mendidik pun berbeza. Kenapa perlu disamakan dengan cara kita. Sedikit demi sedikit, kita berharap dapat melakukan  melakukan yang terbaik yang seperti sunnahnya Rasulullah saw. Solat berjemaah kalau dulu setakat isyak perlu diusahakan untuk lima waktu.

Agama ada maqasit maksudnya iaitu tujuan tertinggi dalam agama. Mengapa dianjurkan kita solat berjemaah  kerana kita diajar untuk kita bersosial dan bergaul sebab itu kita diajar adab ke masjid untuk capai tujuan. Ada benda yang dihendak kita capai dalam sesuatu yang difardhukan pada kita. Agar kita capai sasaran. "To achieve the higher objective" Namun  satu perkara yang sukar nak dilakukan adalah istiqomah. Hidup kita sendiri yang tahu sejauh mana kita boleh berpegang dengan prinsip yang kita katakan. Orang yang istiqomah malaikat turun padanya dan berikan khabar gembira padanya dan mudah-mudahan Allah memberikan kita istiqomah.

Turunnya agama semata-mata untuk kepentingan hambanya



Rujukkan : Prof Dr Ustaz Asri and Prof Dr Muhd Kamil

No comments: