Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, February 24, 2015

Berbicara Dengan si Kecil

Masa beredar begitu pantas, dan pastinya cara mendidik kami semasa Anis dan Aysh pastilah jauh berbeza dan benar-benar ketara. Dilihat dari keakraban Aysh dan abahnya seolah-olah memahami pertuturan abahnya. Ketika dikenangkan masa lalu, rasanya tidak seakhrab ini tutur kata si abah  pada Anis dikala kecilnya malah  jarang berkomunikasi kerana mungkin  dibenaknya ketika itu tiada faedahnya atau  tidak penting bagi anak-anak yang masih belum memahami namun sebenarnya tidak. Cabaran membesarkan anak-anak dikala nyata amat berbeza.

Kehadiran permata hati ini melakarkan kisah-kisah dalam hidup kami dan lantas mewarnai kehidupan yang akan pasti menjadi sejarah dan  kenangan buat kami.Tiada siapa yg mejangka akan hadirnya sicilik Aysh dalam keluarga kami.Moga diberi kekuatan & istiqomah untuk kami jaga solatnya, jaga waktu tidurnya dan jaga makannya itulah tiga perkara utama  yg perlu kita jaga dlm mendidik anak2...insyaallah teratur anak kita. Itu pasti impian semua ibu bapa.

Kisah kami kisah biasa-biasa yang berusaha untuk menadi menjadi luar biasa untuk menjadi orang yang terpilih dan termasuk dalam golongan 20% yang disebut oleh Prof kamil yang sering disebut-sebut didalam kuliyyahnya kemana sahaja. DIA yang menyuluh jalan selagi manusia mendekatkan diri dengan cahayanya. Perjalanan ini sering terduka dengan pelbagai cabaran dan ujian. Semakin jauh perjalanan semakin terasa cabarannya begitu juga semakin luas pandangan, semakin melonjak-lonjak hawa nafsu dengan tarikkan dunia. Lalu sekali-sekali kita terpesona dengan rayuan dunia dan alpa untuk membiasakan yang betul dan membetulkan yang biasa,

 Dalam melayari perjalanan hidup ini, pelbagai tempat persinggahan yang berbeza-beza kisahnya. Setiap persinggahan akan melakar wajah yang berbeza-beza dan perbagai watak. Dalam keluarga sahaja kita memegang pelbagai watak, watak ibu, isteri dan sahabat dirumah dan dilokasi lain mungkin akan memegang watak yang lain yang penuh dengan cerita.

Namun Alhamdulillah kerana kisah-kisah ini pasti tersemat menjadi kenangan terindah. Lebih indah jika pengembaraan ini dikaitkan dengan kejadianNYA.  Kerana kehidupan ini adalah satu pengembaraan  Segala yang berlaku lihatlah dengan mata hati dan ia pasti menjadi motivasi untuk diri untuk berubah dan mentaksirkan semula laluan yang kita yang kita lalui adakah benar-benar jalan yang benar?

Pejalanan ini pastinya bernokhtah namun semua insan tidak mengetahui bila hujungnya. Dalam masa berbaki ini berbaloikah kita mensia-siakannnya dengan nafsu dunia.


Moga Allah senantiasa satukan hati kami dan kami dan anak-anak akan ditemukan di Jannah itulah harapan kami.

No comments: