Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Sunday, February 22, 2015

Luar Biasa

Bekalan buat Alif dan Kakak di Asrama, Madu, Habatus Sauda, Kurma dan Kismis
 
Rezeki dari Allah memang kita tak menjangka dan ia datang tanpa disangka-sangka. Rezeki Allah SWT sememangnya kelihatan luar biasa. Misalnya … sebelu ini saya pasti terkial untuk menyudahkan sebuah buku silap-silap ianya hanya setakat hiasan di almari buku seperti pepatah dari seorang sahabat "dust collector not book collector' namun tidak lagi sekarang.
Subhanallah, berkat masa yang Allah beri dalam masa dua bulan sudah hampir 3 buah buku saya dapat sudahkan namun  jika dulu terkial-kial nak sudahkan satu buku mungkin mengambil masa setahun. Indahnya konsep rezeki milik Allah SWT yang kita amati  banyak kejadian yang tanpa diduga. Allah ya Allah … kesemuanya jika kita mahu berfikir pasti Allah akan bukakan dan seterusnya merasa nikmat syukur itu.

Kisah menarik juga dengan anak-anak kerana selama ini memang agar sukar sekali untuk mereka bangun untuk jemaah dan hadir ke kuliyyah bersama-sama.Kali ini anak-anak bagaikan mendengar tanpa bantahan dan jika benar sesungguhnya ini rezekimu ya Allah aku  bersyukur.

Satu peristiwa yang melucukan pabila kami bertiga bersama, Aysh  dan Anis ditegur oleh sahabat dari Qariah Surau Al Mawaddah setelah kuliyyah subuh bertanyakan Anis. Setelah dimaklumkan padanya bahawa Anis ini anak kami yang sulung maka amat terkejut kerana tidak pernah menjangka bahawa kami punyai anak gadis sebesar itu dan ku tunjukkan Adam diketika berkurta hitam lagi tersentak ... katanya apa petua anda kelihatan kecil ? Saya hanya mampu membalasnya dengan senyuman.




No comments: