Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Monday, February 16, 2015

Reja Kehidupan Yang Tertinggal Sangat Suntuk

Reja kehidupan kita sangat suntuk dan semakin susut buat kita..masa tersisa umpama butir mutiara sgt berharga...masih berbaloikah kita utk perkara yg mengalpakan...ayuh kita impikan ke syurga tanpa dihisap...

Memang amat tersentuk dan membangkitkan semangat untuk terus berkhidmat kepada sang suami kerana mendengar kata-kata Prof memuji isteri, lantas diri ini terus google background si isteri, subhanallah begitu setia sang isteri senantiasa bersama dan terus cekal berkhidmat.

Bukan itu sahaja penerangan Prof membuatkan hati untuk tanamkan usaha untuk mengingati mati kerana perbanyakkan solat dan juga kita diingatkan bahawa kita akan bertemu Ramadhan tanamkan persediaan kita dalam diri untuk bersedia.

Dan seterusnya untuk menyiapkan diri kita untuk menjadi tetamu Allah akar kita dapat nikmati umrah yang benar-benar diterima umrah mabrul. Haji mabrul hanya tahu bila kita mati apabila kita masuk syurga. Maka kita perlu kekalkan sehingga ke mati. Kekalkan perasaan dan bentuk hidup di Masjid Nabawi dikawasan kita. Kekalkan solat berjamaahnya insya Allah kita boleh menjadi orang yang terpilih untuk masuk syurga tanpa hisab. Pesanan Prof lagi cuba jadikan rumah kita sebagai taman syurga. Cuba hidupkan majlis ilmu dirumah walaupun dengan hanya baca sepotong hadis.

Jutaan terima kasih kepada Prof Muhd kamil kerana menghasilkan buku-buku yang memberi motivasi dan ispirasi untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT

No comments: