Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, March 18, 2015

Terus Lakarkan Pelangi

Nasi Ambeng designed by fuzidss


Hari ini Genaplah umur Alif 13 Tahun manakala Amir 12 Tahun . Mereka seringkali mewarnai dunia kami dan kami umpama Kandil yang membawa penerang kegelapan. Namun biarlah cahaya Ilahi menerangi hati-hati anak ini dan kami dan cuba membantu menunjukkan jalan kepadanya.

"Allah pelindung kepada orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman). Dan orang yang kafir, penolong mereka adalah Taghut, yang mengeluarkan mereka cahaya  (iman) kepada kegelapan (kufur). Mereka itu adalah ahli neraka, merka kekal didalamnya". (Surah Al Baqarah - ayat 257)

Dengan keikhlasan menyediakan nasi Ambeng warisan bonda muo buat anakanda berdua dan hidangan dengan tulus dan doa dari seorang yang bergelar ibu dan bakal menjadai suri ummah.
White Choc Macadamia


ilustrasi didalamnya

  Resepi Nasi Ambeng:

Ramuan
👉Sambal Goreng
2 keping tempe
2 keping tauhu
2 biji kentang
Tauhu kering secukupnya
Suhuun secukupnya
3 sudu besar kicap
2 sudu besar cili kisar
Minyak secukupnya
Sedikit air asam jawa
Garam
Gula
👉Bahan hiris
1 labu bawang besar
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili hijau
2 biji cili merah
👉Untul Resepi Urap
1 1/2 cawan kelapa parut..ambil yg putih je
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Ikan bilis secukupnya
Sedikit belacan
4 biji cekur..jika suka
7 biji cili api..nak pedas boleh lebihkan
Gula dan garam
👉Bahan Ulam
Kacang panjang
Seikat daun selom
Tauge

Pesanan buat kedua anakanda, kehidupan ini bagaikan pengembaraan . Segala kejadian berlaku jadikan modal motivasi untuk kita terus melangkah dan lakukan amal yang terbaik mudah-mudahan apa yang kita semai didunia akan dapat kita tuai diakhirat nanti.


Pesanan buat anakanda..
Carilah ilmu dan ada 2 perkara penting yang perlu diingat

a) Pasang niat untuk kita amalkan kerana Allah bukan ilmu itu hanya berlegar-legar dipemikiran  namun bak kata hukama ilmu itu, biarlah ada ketibaan makna dalam hati kita. Sebaik-baik ilmu pabila kita amalkan

b) Menjaga adab dalam menuntut ilmu kerana paling penting kita menjaga Adab dalam menuntut ilmu. Tidak mengapa jika ilmu itu hanya secubit tetapi adab kita sebukit menjadikan ilmu kita bermanafaat kepada masyarakat tetapi jika sekiranya ilmu itu sebukit tetapi adabnya hanya secubit maka kita tidak akan dapat kemana dengan ilmu itu kerana dalam ilmu paling penting adalah merendah diri dan jangan merasakan diri itu tinggi. Lagi tinggi ilmunya lagi rendah dirinya didepan Allah.

Alif dan Amir kami akan berusaha membesarkan dengan cara Al quran dan Alsunnah mudah-mudahan dengan tenaga yang sedikit, dengan masa yang kami berikan untuk membawa kalian ke majlis ilmu atau ke taman syurga mudahan-mudahan membuka hati kalian untuk mencintai Allah tanpa disuruh dan diperintah. Ya Allah  maha kaya,semoga  membalasnya lebih dari daripada apa yang kita buat.

Aamiin.

No comments: