Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, April 11, 2015

Ahli Bilik 206 Bertemu Masyarakat Yang Penuh Santun




Penerbangan kami pada pukul 6.45 am dan Mr kanda sudi untuk menghantar kami bertiga iaitu saya, Aysh dan Inda dan yang lain mengikut Estima sahabat kami yang lain. Sesampai di KLIA2 buat pertama kalinya dan merasa agak berbeza kerana LCCT dulu agak kalut seperti pudu raya. Kami minum dulu sebelum berangkat.

Dalam  perjalanan Aysh tidak menunjukkan apa-apa yang negative sangat mudah membawanya dan ku aturkan kaki ke belakang seat dan terdapat beberapa baris yang kosong lantas ku rehatkan diri berbaring sambil menyusu dan pramugari langsung tidak mengganggu dan seolah membenarkan. Alhadulillah sesampai sahaja kelihatan kak Lela dan besan menunggu kehadiran kami. Subhanllah berjaya menjejakkan kaki kami ke Negara Brunei bersama sicilik Aysh.


 Kami diaturkan untuk singgah minum disebuah Restoran dan sangat kenyang dengan hidangan nasi Ayam Penyet disana. Nasi disana sangat wangi dan menaikkan selera kami dan memang terbaik hidangan disana. Cuma bila lihat nasi ayam penyetnya tiada tempe maka teringan nasi ambeng ku



  
Di Pasar Kg Air Memang sangat teruja dengan kuih muih yang disajikan sangat berbeza kerana bahan-bahan yang digunakan semua dari sumber yang asli.
salah satunya tapai yangdibalut dengan daun ketupat palas jika disini.. 






 Pada malamnya kami dijemput untuk hadir ke majlis berbedak dan lihat lah kami yang tak berapa nak glamour berbanding dengan orang Brunei.Memang tidak pernah menjangka akan sampai ke Bumi ini kerana diri ini sibuk dengan dunia dilema.

Pada ketika itu juga masih diselubungi kesibukan pilihan sendiri. Sibuk sebagai seorang isteri, seorang ibu beenam beranak dan sebagai ahli jawatan kuasa surau yang penuh dengan aktivitinya.Namun dalam hidup kita harus juga memikirkan untuk diri kerana tugas seorang ibu, isteri dan anak tidak akan pernah habis selagi nyawa dikandung badan.

Keesokkan Harinya ketibaan another group dan menjadi kami kumpulan besar dan perlu bergerak sebanyak 3 Van. Macam Macam ragam dan kami telah dikenali ahli bilik 206 kerana telah menitikkan nila yang bertitik-titik kedalam susu. Whatever kami tetap maintain cool and the most ceria team member. Tetap bersama. Saat yang tidak boleh dilupakan bila kami balik dari pasar malam 2 sahabat telah naik dahulu dan kami bertiga Aysh dan Mar telah naik. Kelihatannnya 2 sahabat tiada. Di mana mereka. Keadaan yang menyeramkan Mar dan kucuba mentetenramkan keadaanya dapat dijangkakan mereka di bilik kedua kerana kasut mereka didepan pintu tetapi Mar sangat panic dan cuba tenteramkan dan bila mereka berdua jerkah Mar menjerit dan secara tak langsung mengejut kan Aysh. Alhamdulillah Aysh ok.. cuma kuatirkan dia terima kejutan lantas boleh membawa demam. terbukti anak genit ini memang kuat semangat.


 beramai-ramai melawat Masjid dan Muzium Sultan brunei. memang Pantang nampak camera

 The most memorable photo ... member of  206...







 Lihatlah betapa cerinya kami melayari bumi Brunei kami mengikat ikatan ukhuwah bersama di sini
 Maka tibalah hari besar Majlis dan Kami sangat selesa dengan Majlis yang serba ringkas tiada sebutan nama-nama besar walaupun tetamu-tetamunya yang hadir yang tak kurang besarnya.




Hampir semua manusia kelihatan sangat sibuk. Masa 24 jam sehari semalam kelihatan terlalu sedikit. Tidak mencukupi. Kami juga tidak kurangnya merasa begitu namun banyak perkara yang mahu dilakukan. Namun kekangan masa, tenaga dan sumber kewangan nyata membatasi keinginan. Lalu mengurus masa menjadi ilmu perlu dipelajari supaya akhirnya masa tidak boleh dijadikan alasan. Keutamaan, kewajiban dan tanggungjawab diletakkan paling atas. Dimana sahaja boleh kita menafaat dan selami pasti ianya menjadi ilmu yang bermanafaat dan memori yang sangat berguna dan bernilai buat kita dan bakal menjadi sejarah yang akan dikongsikan kepada anak cucu kita nanti. Di bumi ini kami mempelajari banyak perkara di sini terutama kesantunan masyaratkat disini.

Apapun kenangan yang sangat-sangat sangat tidak boleh dilupakan adalah kami dengan juadah.Makan, makan dan makaaaaaaan. Lihatlah wajah-wajah dari Malaysia yang sangat berpuas hati dengan layanan orang-orang Brunei dan juga Keluarga Hj Abdul Razak dan Asparela dan juga besan. Moga dimurahkan rezeki mereka.
makan lagi
makan lagi
makan makan dan makan aduhhhhhhh

dan di bumi ini juga ku melihat nilai erti sahabat. ...






No comments: