Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, April 30, 2015

Kenangan Yang Mahu Dikekalkan

 Banyak kenangan yang kita tidak mahu dibiarkan begitu sahaja dan ingin kita kekalkan dalam kotak minda kita. Kenangan terbaru adalah bila mendapat buku impian terus dari penulisnya dan terima kasih kepada Adam kerana mendapatkannya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berlangsung dari 27 April hingga 3 Mei 2015.

Dalam melayari dunia suri ummah hampir 80% masa habiskan di dapur, masak, masak dan masak. Rasanya perlu menukar strategy kerana penulisan dan bacaan hampir ke laut rasanya. Bidang penulisan ini perlu diteruskan kerana prinsip seburuk-buruk penulisan adalah sebaik-baik ingatan.  dan setiap orang mesti menjadi pemikir, walaupun tidak menjadi pengarang seperti kata Dr. Äidh. Manusia yang hidup perlu berfikir tanpa mengira apa yang dia buat dalam kehidupan sehari-hari. Kerja hidup di dunia, menjadi kerja hidup untuk akhirat kerana Allah. Bila manusia berada dalam kerangka ini, maka akal mesti digunakan. Maka dalam menghasilkan idea-idea dalam penulisan maka bahan bacaan perlulah yang terbaik dan juga seorang mualim yang "reliable". Berikut adalah buku seterusnya untuk bahan bacaan dan wahai diri masa berbaki tak banyak untuk kita nikmati dan kecapi usahakan agar dapat menggunakan dan manafaat yang terbaik. Moga penulisan ini boleh menjadi iktibar kerana masa berlalu akan pergi jauh secara hakikatnya namun ia tidak jika dilihat dari kontek yang berbeza. Ada masa silam yang boleh menjadi iktibar buat diri.

Hakikatnya memang banyak perkara yang ingin dilakukan namun keterbasanan masa ia perlu dicatur dengan teliti dan ada perkara yang perlu dilepaskan. Syukur alhamdulillah kerana banyak majlis ilmu yang dianjurkan oleh Surau Al Mawaddah Seksyen 7 dan apa yang perlu untuk meningkat semangat dalam pencarian ilmu. Kuliyyah Talaqi setiap malam Rabu sedaya upaya untuk hadir.

Seperti yang disebutkan diawal ruang ini, masa dihabiskan dengan memasak. Berikut adalah menu-menu yang berjaya diabadikan . 

dan ini resepinya sila klik kerabu Udang Thai


 dan sila klik untuk resepinya Mee Goreng Mamak



No comments: