Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, May 1, 2015

Menjelajah Ke Alam Baru

Alhamdulillah pagi yang penuh semangat baru . Tukar strategi yang mana balik dari surau Kuliyyah Subuh terus  mengorak langkah melaksanakan tugas Suri Ummah.Kuliyyah subuh ustaz menerangkan tentang ksiah ayat-ayat Makkiyah yang lebih dikenali orang kita dengan Ayat Lazim. Kelihatannya strategy baru ini Sangat berkesan kerana 12.00 tengah hari kami sekeluarga telah bersedia mengadap juadah untuk menjamu makanan tengah hari.

 Semalam perjumpaan dengan bakal boss baru sangat bermanafaat dan perkongsian beliau dalam dunia perniagaan beliau membuka mata ini bahawa selama hampir 20 tahun sebelum ini segala usaha seakan tidak dinilai dan saat-saat akhir berkidmat seolah-olah kewujudan kami ini seperti halimunan. Kekadang ini menipu diri cuba ceria namun perasaan hiba tidak dapat ditepis. Ya Rab sesungguhnya ujian membuat aku terus mengadu dan mengadu pada MU sesungguh aku dizalimi kuserahkan pada MU.

Terus melangkah mengukir memori bersama-sama anak mungkin amat mencabar memandangkan bibik juga mohon untuk mengakhiri perkhidmatannya dan kami menghormati permintaanya dan sekiranya ada jodoh kami insyaAllah diketemukan. Namun diri ini tidak sekali berhajat untuk diketemukan semula dengan mereka-mereka yang  disanun. Cukuplah ku anggap kenangan yang sekadar berlalu dan tidak berhajat untuk ditemukan dimana-mana jauh sekali untuk dikekalkan  dalam kotak minda. Harapan agar minda boleh diisi dengan memori atau peristiwa yang boleh diteladani dan diamati oleh insan lain. Seperti mana Allah berfirman melalui ayat 37, Surah Qaf yang bermaksud

"sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa- peristiwa) yang disebut itu, sememangnya mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar) atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh  (untuk mengambil pengajaran) ) sedang dia menyaksikan "

Berbalik kisah majikan baru, dan tugasan baru akan bermula pada Sabtu 2 Maei 2015 yang mana perlu membuat kertas kerja untuk dibentangkan kepada bakal boss muda ini. InsyaAllah. Walaupun tawaran yang ditawarkan jauh lebih rendah namun kepercayan beliau untuk melaksaksanakan tugasan amat dihargai. Dibawah tanggungjawab diamanahkan untuk mengurus Event dan Secretarial . Alhamdulillah.

Hari 1 May 2015 mengorak langkah dengan semangat untuk membantu rakan ini untuk terus melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang. Air Probiotik pun kelihatannya perlu ditambah dan scoby perlu kan Air kt yang baru.
Ini adalah projek terbaru Banana Smoothies and Flaxseed. Memang tak terkata nikmatnya meminumnya



No comments: