Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, May 5, 2015

Tersentuh Dengan Kasih Sayangnya


Hari-hari berlalu bersama dengan Alif sangat mengharukan.Bila diminta menjaga Aysh memang tergambar kasih sayang yang mendalam yang dicurahkan pada adikknya Aysh. Segala menu cuba direalisasikan buatnya. Aysh memang anak yang sangat cerdas dan ramai abang-abangnya tak bertahan lama untuk setia bersama menemaninya melainkan Alif.

Terdambar kasihnya seorang abang dan hati menjadi tenang bila Aysh disamping beliau.
Dah dapat Stroller langsung tak mahu jalan
Hari-hari bersamanya memang sangat memerlukan energy yang tinggi. Jadual akan bermula seawal 5.00 pagi dan cuba mencaturkan kan agar semua teratur. Senantiasa berdoa untuk anak-anak : ya Allah sesungguhnya diri ini kasihkan zuriat keturunanku, kau pertemukan kami disyurga".

 Dikala cuti panjang memang lagi mencabar kerana sedaya yang mampu untuk memenuhi citarasa anak bujang yang pulang bercuti. Ujian yang getir pabila cuti panjang pabila mengejutkan anak-anak untuk solah Subuh berjemaah. Lagi dewasa anak itu lagi sukar dikejutkannya. Wahai diri usahlah berkeluh kesah kerana itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah kepada seorang isteri. Aysh seakan memberi satu teladan yang baik buat abang-abangnya kerana pasti aka nbangun dengan sendirinya setiap kali Azan subuh dilaungkan oleh bilal.
Telatah sigenti Aysh di Surau

Renungan Manja
 Berikut adalah menu yang sempat dikabulkan buat sibujang sorang.

Lempeng atau pancake.. 
Kari ikan Selar

 Kerabu Ulam Raja In the making
Udang Goreng Kunyit

Kerabu Ulam Raja



Sambal Jawa
 
Add caption
Banana Smoothies
Tak kurang juga makan diluar. Nasi Campur Khulafa dan Sidiq menjadi pilihan. Cukuplah dengan Ayam seketul, nasi putih dan kuah kari dan melihat beliau makan terus menaikkan selera untuk makan.
Terlalu pantas masa berlalu dan tibalah saatnya untuk Alif pulang ke Asrama dan ketika sampai terasa sebak jiwa melihat adegan ini.Aysh mendakap rapat abang Alif kesayangannya tidak mahu melepaskan..Allahukhbar..setelah usai mendakap, Alif pergi tanpa menoleh dan pasti berlinang air matanya dapat dirasakan. Ya Rab kau tenangkan jiwanya



No comments: