Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Saturday, March 14, 2015

Timbal Balik Setiap Gerak Laku

 
Mencari ruang masa untuk bersama

 Jadual kami sangat ketat dalam  terutama di hujung minggu.Proses untuk melenturkan keeogaan dalam rumah tangga memang selalu perlu ada. Kita selalu merasa diri kita betul dan alangkah lagi hebat kita memaafkan dengan kasih sayang itu. Contoh selisih faham dengan suami atau anak-anak. Cuba bayangkan diri kita bila kita menegangkan yang kita betul. Apa yang kita dapat. Banyak proses melegakan keegoan kita akan datang balik kepada kita.

Memang ikut ego dijiwa memang serabut pemikiran ini namun banyak ingatkan ini satu proses yang Allah cipta dan selagi mana kita bernafas memang kita akan diuji dan segala ujian ini penat. Kita akan dapat berehat setenangnya ketika kita berada di alam lain. Sabtu menguji kekuatan jiwa kami bermula dari jam 5.00 subuh anak-anak digerakkan dan bukan satu tugas mudah. Namun setiap minggu ia makin menjadi mudah kerana anak-anak lebih terkesan dari minggu sebelumnya. Dari Amir, Amaar dan Aysh semua bersiap sedia ke Surau Al Mawadaah. Qariah al Mawaddah memang sebati dengan kehadiran Aysh. Motivasi kami hanyalah disandarkan pada Ustaz yang beranak 16. Bayangkan semua mereka berada di rumah dan solat di Surau dan kami hanya 3 setakat ini adakah itu manjadi kerumitan bagi kami.
 Selepas Mensyuarat Ikhram, kami terus menuju ke Sekolah Agama Hira di Jeram

Mudah-mudahan Allah perbaiki kita di mana-mana yang kurang dan ini proses meleburkan penyakit hati. Buangkan kesombongan insya Allah akan gantikan kebaikan.Buangkan kemalasan dan Allah percukupkan rezeki dan masa kita dan jadikan ilmu yang ditimba diterjemahkan dalam amalan dan perbuatan kita. Sesungguhnya kita minta kerana Allah sangat mengharapkan rayuan kita. Memang benar ... dahulu berbagai alasan diberi untuk tidak membaca namun dikala Allah percukupkan masa malah tiada siapa menjangka setiap bulan ada buku baru yang dibaca. Subhanallah lembutkan hati wahai manusia untuk meminta kepadanya. Tatkala kita jangka masa tidak akan sempat, ke pasar, memasak, meeting bersama NGO dan pergi ziarah anak ke Asrama dan dari masa kasar memang tidak dapat memenuhi segala agenda tetapi  dengan IZINNYA pasti Allah cukupkan buat kita kerana  kita meminta padaNYA. "Wahai Allah kepada MU ku memohon KAU cukupkan masa kami ya Allah dan terlerai EGO kita kerana jika ada keegoaan akan terhalang untuk laksanakan kebaikan.Misalan yang dapat diberi, contohnya syaitan berbisik menghasut...: alaaa .. kita jee yang buat. Maka terhalang untuk kita laksanakan kebaikan.

Pabila kita merasakan Allah  melihat, kita nampak timbal balik. Bila kita berkata tentang ehsan dan cuba sebaik yang mungkin melayan suami maka kita sebenarnya menunjukkan teladan yang baik pada anak dan timbal baliknya anak-anak akan melakukan terhadap keluarganya kelak. Ehsan ini satu proses timbal balik, kamu buat baik pada insan lain pasti  orang lain juga akan buat baik kepada kamu.

 Sempat berkelah bersama di pantai Remis.

Subhanallah sesuatu yang sangat indah perlu kita usahakan,  ialah ehsan dalam rumah tangga,  bila kita buat baik dalam rumah tangga bukan lagi kerana penglihatan orang, mak mertua  tetapi kerana kita merasakan diawasi oleh Allah dan kita merasa malu kerana Allah lihat.Pasti setiap masa kita malu  berkelakuan kurang adab kerana kita merasai dilihat oleh Allah dan juga untuk kita biarkan masa berlalu dengan sia-sia. Kalau kita merasa Allah melihat kita akan jadi tenang.

 Terus dapatkan bahan bacaan kerana adab kita terbentuk dari apa yang kita lihat, yang kita baca dan juga apa yang kita makan.

 Allah senantiasa bersama kamu dimana-mana.  Seperti mana kita menjaga adab kita didepan orang lain. Bila marah pasti kita tahan marah.Maka satu konsep dalam rumah tangga adalah kita sentiasa berada didalam pengawasan Allah dan merasa ketenangan yang amat sangat .

"Berilah khabar gembira pada orang-orang yang sabar".

Orang-orang yang sabar akan menerima ganjaran yang tidak terhitung banyaknya.. Mudah-mudahan kita dapat meningkatkan kasih sayang dan dapat memahami makna ehsan yang sebenar.Kita mudah merenung diri kita dan mudah mencari kesalahan diri kita.
Mesyuarat dengan wanita Ikram Shah Alam

Pemakanan yang diamalkan bagi memberi tenanga moga diberi keafiatan diri 
bagi melancarkan agenda yang dicatur


Rujukkan : ustazah Norhafizah Musa

No comments: