GULAI IKAN TONGKOL
Resepi oleh : Kak Jie Jie
Rujukan : Dari Dapur Madihaa
Dalam tercari-cari resepi, terfikir untuk mencuba nasi Dagang namun resepi yang mudah. Rujuk Prof Google maka terjumpalah resepi hebat ini. Sangat mudah dan praktikal. segala bahanya memang sedia ada dalam simpanan.
2 ekor ikan tongkol sederhana besar ~ siang ikan, potong dan cuci bersih
Air secukupnya untuk merebus
5 keping asam keping
1 sudu teh garam
Bahan Kisar
15 tangkai cili kering ~ rendam lembut, cuci bersih dan kisar
2 ulas bawang putih ~ kisar
7 ulas bawang merah ~ kisar
1 inc lengkuas ~ kisar
1 inc kunyit hidup ~ kisar
1 sudu teh lada hitam ~ di tumbuk
1 gengam kelapa parut putih ~ di kisar
Tumis bahan yang dikisar sehingga naik minyak dan masukkan ikan dan kemudian masukkan ikan rebusan.
NASI DAGANG KELANTAN
cawan beras nasi dagang Kelantan
~ beras di rendam selama 20 minit, kemudian cuci bersih. Toskan
3 ulas bawang merah ~ di hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
1 inc halia ~ di hiris kasar
1 helai daun pandan ~ di simpul
1 sudu teh halba
3 cawan santan ~ dari 1 biji kelapa atau 1 kotak santan kara campur air jadikan 3 cawan.
1/2 sudu teh garam atau 1 sudu teh maggi cukup rasa.
Satukan semua bahan-bahan yang kita sediakan tadi. Masukkan ke dalam periuk nasi.
Kacau rata, kemudian tanak nasi seperti biasa hingga ia masak.
Bila dah masak, gemburkan nasi dengan chopstik dan tutup semula periuk dan biarkan ia masak dengan sempurna.
Mudah sangat dengan cara ini kerana segala bahannya sedia ada. Mudah dan
ringankan sebagaimana islam. Agama yang mudah tiada apa yang
memayahkan. Tidak perlu mengambil masa yang terlalu lama alpa didapur
kerana masa itu perlu dibahagi-bahagikan. Ada masa didapur, ada masa
untuk kita menelaah ilmu dan masa kita masa kita mengkaji ayat-ayat
Allah
No comments:
Post a Comment