Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, May 13, 2015

True Happiness

Minggu ini banyak masa dihabiskan bersama kakak. Kelihatannya agak murung kerana keputusan peperiksaan semakin hampir. Selera berkurang cuba diusahakan pelbagai menu untuk ditawarkan buatnya namun hampa dan dirinya masih kelihatan kusam.

Pesan buat anakanda "Kakak, usah difikirkan sangat. cuba kakak hadamkan buku oleh Dr Aid Qarni"the true happiness is the happiness of faith, and no one can feel this happiness except the one whose mind, heart and soul are filled with the love of Allah. Bercerita dengan Allah wahai anakanda.Hati yang tenang tenteram akan bersyukur apa­bila menerima nikmat, sabar menghadapi  ujian kehidupan"


Segala kesedihan adalah soal lampau. Ia tidak boleh berulang kembali. Masa berbaki yang ada seharusnya dihiasi dengan kegembiraan. Biarlah hati nurani ceria untuk menghadap Allah SWT. Tidak mungkin jiwa jadi begitu jika kita terlalu jauh daripadaNya. Ikutilah terjemahan ayat 26, surah Yunus yang bermaksud,
Untuk orang-orang yang berusaha menjadikan amalnya baik dikurniakan segala kebaikan serta satu tambahan yang mulia dan air muka mereka pula (berseri-seri) tidak diliputi oleh sebarang kesedihan dan kehinaan. Mereka itulah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya.
Benar. acap kali kita bersedih kita akan murung dan meminggir diri. Tinggalkan kesedihan dengan mengadu kepadaNya dan bukan meninggalkanNya. Biar ia berlalu. Memang jiwa kacau akan sering menganggu namun cuba lihat wajah-wajah gembira seperti wajah-wajah adikmu Aysh. pasti membuatmu gembira maka biarlah kita dambarkan wajah gembira sekurang-kurangnya membuat orang lain gembira.

Begitulah putaran kehidupan oleh setiap insan pasti ada suka dan duka  Namun datangnya seiring dengan hakikat yang satu untuk kita muhasabah diri… masa berbaki semakin suntuk. Kegembiraan kehidupan di dunia akan berakhir. Nun jauh di sudut hati kami terfikir betapa terujanya jika dapat meneruskan kegembiraan di dunia bersama mereka yang di sayangi buat selama-lamanya..


No comments: