Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Wednesday, June 17, 2015

Mengharap Bonus Allah

Tahun ini Ramadhan pastinya amat berbeza dari tahun yang sebelum ini. Dahulunya pasti akan terkejar-kejar mencari masa berbaki barulah beramal namun kali ini memasang nekad yang tinggi untuk buat yang terbaik. Walaupun baru 3 minggu berada di tempat baru di MST Golf HQ, namun memang hati ini tidak berbelah bagi untuk menyerahkan surat perletakkan jawatan. Itu nekad yang tertanam.

Jika dulu pasti mengharapkan Bonus dari syarikat setiap kali Syawal menjelma pasti dapat habuan sebulan gaji namun kali ini bukan itu yang dicari kerana apalah erti itu semua jika tiada tertanam sedikitpun untuk menyimpan bekalanan di sana. Yang terpahat di minda hanya untuk dihabiskan buat Syawal bakal menjelma.

Wahai diri hadirkan dirimu ke Majlis- majlis ilmu Bukankah mereka yang berada di dalam majlis ilmu seumpama berada di dalam taman syurga? Usahakan diri kerana pasti Allah menjanjikan Bonus yang lebih hebat dari bonus sebelum.

No comments: