Semasa di alam pekerjaan merasakan diri punyai kuasa untuk memiliki segalanya dan ada kalanya kata-kata ini menyinggung perasaan orang lain bagaikan diri akan senantiasa berada dipuncak. Ingin apa sahaja kan diusahakan tanpa perlu memaklumkan pada sesiapa. Begitu juga di pejabat ada perasaan ego, merasa kan diri sangat penting dalam jabatan tanpa ku sedar bahawa caturan Allah itu lebih dari segalanya. Bila terkenangkan segalanya berdosanya diri wahai En Kanda. Banyak perkara yang alpa mengabaikan dirimu wahai kanda. Makan minumnya tak teratur. Allahurabbi.
Alhamdulillah segala kejadian pasti ada hikmah tersirat.Setelah tanpa pekerjaan hampir 5 bulan ini diri lebih muhasabah. Kelihatannya suriummah ini banyak rehatnya namun hakikatnya bertambah kerja kerana sesungguhnya seorang suriummah ini memerlukan pengurusan masa yang baik dalam menjalani tugasan mengurus urusan anak-anak dan rumah. Begitu teratur dengan segala perbelanjaan. Raya tahun ini adalah raya yang paling bermakna kerana benar-benar merasa nikmat sedikit tapi merasa ianya penuhi segalanya. Tapi hati tersentuh dengan perngorbanan En Kanda. Hanya sehelai baju berganti iaitu sut melayu..Allahuakhbar besarnya pengorbananmu wahai En Suami. Tidak terucap dari mulut ini untuk meminta segala macam cukuplah pakaian anak berganti kerana melihatkan pengorbanannya. Moga Allah permudahkan urusan mu wahai Bidadara Duniaku dan moga Allah kekalkan dirimu menjadi Bidadara syurga wahai En Kanda.
Hati ini mula berkata-kata dan gusar pabila melihat kanda sakit pada Aidilfitri dan saat itu merasakan banyak dosa diri. Disaat itu mulut senantiasa meminta dan merayu padanya agar diberi peluang untuk menjaga insan teristimewa ini.Subhanallah merasa lega pabila melihat En kanda kembali sihat. Dan diri meminta moga Allah diberikan kesihatan yang baik dalam melayari hidup sebagai suriumah.
Wahai diri, kuasa dan kesenangan dunia merupakan ujian Allah. Jika kuasa dan kesenangan
digunakan dengan cara yang tidak benar di sisi Allah, maka tujuan utama
kenapa manusia berada di muka bumi ini tidak akan tercapai. Kuasa
dan kesenangan dunia menyebabkan manusia jauh daripada menjadi manusia yang sentiasa
menyembah dan beramal ibadat kepadanya. Kuasa sebagai satu ujian jelas
ditegaskan oleh Allah SWT melalui ayat 165, surah Al-An’am yang
bermaksud,
Dan kini setiap malam tangan menadah memohan padanya agar diberi peluang untuk menjadi suri yang terbaik buat En Kanda yang sekian lama bekorban untuk keluarganya.Moga diri ini senantiasa terus untuk bangkit berbakti dan ku mohon keampunan kerana menulis kisah ini ya Allah. Mudah-mudahan ia memberi kesan kepada mereka yang berkuasa agar mereka menjadi pemimpin yang terpilih.Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah di bumi dan meninggikan setengah kamu atas setengahnya yang lain beberapa darjat, kerana Dia hendak menguji kamu pada apa yang telah dikurniakanNya kepada kamu.
p/s: merasa amat tenang kerana selama hampir 5 bulan berdiam diri dan semalam berjaya hapuskan ego diri untuk menghubungi boss. Subhanallah syukur kehadratnya.
No comments:
Post a Comment