Oleh itu jangan jadikan segala kekurangan membataskan diri kita untuk melaksanakan segala caturan. Apa ertinya stroler yang berjenama hebat jika sekadar tersimpan didalam bonet kereta. Apalah guna kereta yang hebat jika nak ziarah atau nak berkunjung pun tidak kesempatan. Apalah ertinya pinggan mangkuk yang hebat namun hanya terperosok didalam almari perhiasan. Fikir-fikirkan wahai diri. Ubahlah caturan hidup seperti sebelum.
Dan apalah ertinya katil bertahta berlian jika Allah tarik nikmat tidurmu.
Di saat fitnah melata dan kian buruk, perbaikilah diri kita
supaya menjaga lidah, fikiran, jemari agar segala yang ditaip di keyboard agar
tidak merosakkan ukhuwah dan mencincang kasih sayang sesama mukmin.
Berkongsilah sesuatu yang berfaedah dan usah biarkan nafsu menjadi pilot
kehidupan. Maka terfikirlah bahawa setiap apa yang kita paparkan pasti menjadi
memori yang dapat berkongsi dengan anak-anak ketika mereka dewasa.
Diri merasa nikmat melihat anak-anak membesar didepan mata
dan melakukan segalanya yang tidak mungkin dapat dilakukan sebelum ini.
Maka diri ini memang berniat untuk perbaiki urusan dunia ini
dengan cara terbaik dan dapat berkongsi dengan
yang lain dalam melayari dunia suriummah. Memang luar biasa merasa diri
kerana perlu mencaturkan segalanya dengan teliti sehinggakan sebelum tidur
perlu merancang segalanya untuk caturan esok hari. Namun sesungguhnya bila masa itu diberkati
akan dapat diisi dengan kenangan-kenangan yang terindah bersama anak-anak.
Berikut adalah sisipan kenangan yang dapat diabadikan
Budak U
Teman Setia Kemana sahaja
No comments:
Post a Comment