Berderai air mata mengenangkan bila mana abah menyusup masuk kebilik dalam diam-diam memberi duit belanja bernilai RM50.00 pada masa itu cukup besar bagiku. "Nah, ambil ni buat belanja sekolah tapi jangan cerita pada mak". Begitulah Abah.
Berjanji untuk didalam solat menjadi seorang insan namun tidak apakah terlahir diluar solat.
Berjanji untuk mencari bekalan namun dunia masih kuat dalam diri kita rupanya….
Berjanji hendak pergi maghrib dan isyak, tetapi kita tetap melayan Facebook/Instagram/whatsup...
Berjanji hendak bertahajud, memanjang terlajaknya
Benar, banyak janji kita dengan ALLAH tetapi tidak diikuti dengan kesungguhan. Moga catatan ini menjadikan diri untuk kuat berpegang pada janji ini.
Agar janji yang dilakasanakan ini dapat memberikan
harapan pada anak-anak. Wahai diri jadilah Hamba ALLAH yang memegang teguh
dengan melaksanakan janji dan menjadi insan yang memegang pada janji dan kurang
berjanji namun banyak berpesan dan meneliti.
Hidup ini bukan persaingan dengan sesiapa. Nabi mengajar kita untuk sentiasa bersaing dengan diri sendiri.
Sentiasa cuba menjadi lebih baik, dan lebih baik lagi dari hari ke hari. Siapa
kita untuk menilai sesiapa.Ingatlah
bahawa semua orang yang kita temui begitu
berpotensi menjadi ahli syurga. Jadi, rendahkan hati kita. Jangan
sesekali berasa lebih mulia dari sesiapa.
Kata hukama, Biarlah aku kelihatan sederhana pada
pandangan orang lain, rendah pada pandangan diriku sendiri dan tinggi pada
pandangan Allah.
cik Kesum
Cik Kari
Cik Pudina
No comments:
Post a Comment