antara ciri-ciri menjadi suriummah yang bangga akan statusnya
Sentiasa memperbaharui niat kerana Allah SWT
Kita kena kuatkan iltizam, betulkan niat "Aku berniat
jadi surirumah sepenuh masa ini kerana Allah Taala". Ini kerana bila niat
yang murni ni kita semai dalam hati dan kita mula merealisasikannya, ingat,
Allah SWT akan menguji kita berdasarkan niat tersebut. Sebabnya Allah SWT nak
uji keikhlasan kita dalam melaksanakan niat kita tadi.Pastikan segala niat kita dikotakan bukan sekadar kata-kata manis kerana apa yang dilihat oleh insan lain adalah tindakkan kita dalam merealisasikan segala nita kita.
Memantapkan diri dengan ilmu agama
Hidup bekeluarga bukanlah mudah. Keadaan kami sekeluarga
boleh dikatakan memenuhi keperluan hidup. Namun keperluan yang fitrahnya akan kembali kepada Pencipta.
Kita tidak lama dimuka bumi ini. Apakah bekalan yang saya peroleh selama ini
cukup. Adakah perlu mengharapkan doa orang lain di sana nanti. Surirumah
berilmu lebih berkualiti dalam mengurus rumahtangga.
Alhamdulillah di Al Mawaddah kami disajikan dengan pelbagai
ilmu. Kuliyyah maghribnya hampir setiap malam dan kelas yang ditaja juga hampir
setiap malam . Cuma bergantung kepada diri untuk menimbanya bersungguh-sungguh.
Jangan sekadar mengharap orang lain menegur tetapi tiada usaha untuk mencari
jangan mengharap berdamping dengan ilmuan tetapi diri sendiri tiada usaha untuk
mendalami dan melaksanakan segala sunnahnya.
Untuk menjadi suriummah sepenuh masa, perlu bijak mencari
masa dan peluang. Tidak salah untuk bermedia social tetapi kita mencari ruangan
yang menambahkan pengetahuan. Memang kelihatannya perlu modal yang besar tetap
Alhamdulillah keterbasanan dalam kuasa
membeli saya alihkan kepada apa yang boleh diperolehi tanpa membeli asalkan
sahaja ianya berilmu dan bermanafaat untuk ummah.
Rancangan TV dikurangkan bahkan tiada langsung rasanya, tapi utube sering diimbau melihat
tokoh-tokoh yang menguasai bahasa yang hebat dalam perbahasan setidak-tidaknya
saya dapat menguasai bahasa. Antara lain seperti Dr Maza, Dr Rozaimi , Ustaz
Hanafi che pa dan Ustaz abu salehuddin. Memang
kelihatannya banyak masa untuk suriummah sepenuhmasa, namun kita perlu bijak
dan cari waktu yang sesuai..kami sepakat bahawa sebelum Mr Kanda melangkah kan
kakinya ke pejabat beliau perlu membaca Quran bersama saya. Kerana waktu pagi
adalah waktu terbukanya pintu rezeki .
Menjadi sahabat sejati kepada suami
Rasanya ramai terlepas pandang kepentingan point yang ketiga
ni sebab tak fokus kepada point yang kedua tadi. Suami anda adalah nombor 3
dalam hidup anda setelah mendirikan rumahtangga selepas Allah SWT dan Rasullah
SAW. Pada mula nya Mr Kanda agak bermuram juga bila mengetahui yang saya akan
bertukar status dari surirumah bekerjaya kepada suriummah sepenuh masa. Namun
kelhatannnya beliau sangat gembira kerana semua terjaga. Sehinggakan katanya
beliau sering skip lunch kerana baginya dinner bersama dengan nasi yang baru berasap
menjadikan begitu teruja balik segera. Tidak pernah terucap kegembiraan namun
tindakkannya menggambarkan kegembiraannya. Malah beliau suka dengan celoteh saya
mendengar perkembangan sigenitaysh dirumah.
Merancang kewangan dan kawal selia perbelanjaan
Jika sebelum ini apa sahaja yang dipaparkan di whatsup
tentang jualan rata-rata memang 70% akan diusahakan untuk mendapatkannya. Namun
disaat ini, apa sahaja yang dipaparkan diiklankan, soalan pertama timbul pada
diri, kepeluan atau keselesaan.
Kebanyakkannya sekadar keselesaan maksudnya tanpanya hidup boleh survive
dengan kata lain tak perlukan. Yang perlu dibuat delete dalam memori dan cuma bayangkan
apa boleh dibuat tanpa mengeluarkan modal … pergi gym..modal..so beralihlah
ketaman rekreasi yang tanpa modal diperlukan dan banyak lagi yang boleh.. ok masa nak goreng karipap untuk anak-anak di klinik matematik. chow dulu....
No comments:
Post a Comment