Ujian hati nyata sukar. Kelihatan kita sering menilai dan menghakimi hati orang lain umpama merekalah
pemilik dan penciptanya. Lalu timbul perasaan prasangka dan prejudis dan timbul kata senda yang menyakitkan.
Wahai diri, hati perlu dididik supaya kembali
kepadaNya. Jika tidak, ia bakal menjadi tuan menguasai tubuh badan. Bukan mendidik diri agar memahami dan menguasai hati sendiri menggunakan anugerah akal yang
diberi oleh Allah SWT.
Ujian hati nyata sukar. Kelihatan
manusia sering menilai dan menghakimi hati orang lain umpama merekalah
pemilik dan penciptanya. Lalu timbul perasaan prasangka dan prejudis
yang membawa kepada permusuhan sesama manusia.
Sekadar berkongsi kenangan bersama anak istimewa bernama Yahya. Beliau merupakan anak Autizm dan anak Autizm ini memang memerlukan pemerhatian yang lebih. Ternyata Adam dan rakan-rakannya sangat menyayangi Yahya. Kerana kesnya di KUIZ menaiki kayak tanpa kebenaran pengurusan Pihak universiti maka keluarga Yahya telah memindahkan Yahya ke KPM di situ ada guru Khas untuk orang sepertninya. Untuk menghiburkan hatinya maka Yahya telah dijemput oleh Adam untuk menjadi tetamu kami sempena cuti kemedekaan.
Alhamdulillah kehadiran Yahya banyak membuka mata kami bahawa kekurangan bukan alasan untuk kita mengalah tetapi ia memberi kekuatan seharusnya.Wahai syabab ummah, ayuh julang tinggi mukjizat rasulullah... pertautan hati
kalian yang antara lain bermaksud untuk memerintahkan kita berjuang dan
bergerak sebagai jamaah dan perhimpunan yang hati kita ini ditaut
dengan ikatan iman, Islam dn ukhuwwah yang tidak mengenal sebarang
perbezaan melainkan taqwa kepada Allah s.w.t.
Pada Ahad 30 Ogos lalu anak-anak muda ini bersama menghantar Yahya ke tempat beliau yang baru dan Yahya merasa amat terharu dengan pengorbanan sahabatnya.
Pada Ahad 30 Ogos lalu anak-anak muda ini bersama menghantar Yahya ke tempat beliau yang baru dan Yahya merasa amat terharu dengan pengorbanan sahabatnya.
Bangga dengan kalian kerana menyayangi Anak autism ini dgn penuh kasih sayang. Yakinlah wahai Adam Fuzi bahawa...
“Whoever protects the honour of his brother, Allah will protect his face from the Fire on the Day of Resurrection.” [Al-Tirmidhi]
Hati ini merasa reda kerana dari satu sudut lain, dalam keadaan Akhlaq generasi muda kita kian
rapuh, pemimpin bergelut mengumpul kekayaan, rakyat diperhambat dengan
tekanan, masjid tidak menjadi pusat kebudayaan dan ilmu serta
orang-orang baik diketepikan dan orang-orang jahat dijulang sebagai
pahlawan. Kami di datangi oleh insan istimewa. Terima kasih Yahya
“Whoever protects the honour of his brother, Allah will protect his face from the Fire on the Day of Resurrection.” [Al-Tirmidhi]
No comments:
Post a Comment