Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Tuesday, September 15, 2015

Mencari Bahagia


Betapa pentingnya kita mencari bahagia dalam hidup kita. Bahagia boleh dilihat dari pelbagai sudut mereka yang melihat bahagia dalam kehidupan mereka. Ada yang merasa bahagia dengan kesihatan yang baik dan ada bahagia yang punyai barang jenama yang terkemuka. Ada merasa bila punyai sahabat yang ramai yang mungkin mendambakan puji-pujian.

Namun itu bukanlah bahagia bagi saya yang dicari. Bahagia pabila dapat memperolehi ilmu dan mengamalkannya. Bahagia pabila bila berdamping dengan sahabat, terasa benar ingin berkongsi apa yang ada terutamanya dalam ilmu dan sebaliknya memperolehi ilmu darinya dan  segala gerak gerinya dan perilakunya mungkin menjadi pemangkin untuk kita berubah. Jangan mengharapkan dan bergantung pada persekitaran untuk berubah tetapi adalah lebih besar maknanya dengan kehadiran kita dapat merubah orang disekitar kita. Jadi beruhalah untuk jadi baik walaupun kita tahu bahawa kita masih belum insan yang baik.

Kita sebagai seorang ibu pastinya punyai hajat yang tinggi inginkan anak-anak kita mendekati Al quran, mengkaji maka apa usaha kita sebaliknya. Apalah kita berusaha memperbaiki bacaan kita, hafazan kita sedangkan kita meletakkan harapan yang tinggi pada anak-anak.

Bila diimbau kembali, saya seorang yang sangat tidak suka membaca. Sangan suka berimiginasi dan bila terkenangkan akan hal itu merasakan betapa banyak masa terbuang. Namun masa mengubah tabiat dan insan yang terdekat banyak mendorong. En Kanda memang yang sangat suka membaca. Sifat nya yang suka membeli bahan bacaan sedikit sebanyak dapat memupuk isterinya untuk berjinak-berjinak untuk membaca. Tindakkan beliau sememangnya bijak. Setiap meminta beliau mengulas semula buku yang dibaca olehnya, pasti beliau meminta saya membacanya. Maka, untuk mengetahui isi kandungannya, perlulah membacanya. Alhamdulillah semenjak sering hadir ke Al Mawaddah, saya semakin teruja untuk mendalami Al quran. Jika diberi kesempatan semua kuliyyah ingin dihadiri dan semua kuliyyah yang diadakan ingin sertai namun kerna semakin kita perolehi ilmu semakin kerdil diri ini.


Dengan ilmu kita yakin, dengan ilmu kita ingin berkongsi dan dengan ilmu kita akan perolehi kebahagiaan hakiki.Ya Rab hidup ini memang letih namun ya rab kami datang ke sini sesungguhnya untuk belajar tentang makna hidup yang sebenar. Selagi ada iman dalam hati kami, insha Allah kami tidak akan terus bangkit.
Jadual kelas bermula dari Isnin, Selasa dan Rabu dipenuhi dan Khamis dan Jumaat bersama anak-anak.Namun ingatan tak setajam semasa usia remaja. Usaha yang lebih perlu dan ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Pengorbanan ini bolehlah diibaratkan hanya setitik dari lautan luas nikmat yang telah diberikan oleh Allah kepada kita semua. Ganjarannya insyaAllah dengan rahmatNya bukan sahaja kebahagiaan di dunia dengan perasaan tenang dan tenteram untuk mendalaminya
.


No comments: