Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Thursday, September 17, 2015

Terpekung Air Mata Bila Mendengar....


Pukul 10.15 pagi tadi dapat berita dari anakanda Alif tentang  kejadian ribut petir telah terjadi di asrama Sekolah Menengah Hira Jeram. Didapati asrama dan sekitar sekolah malam rosak teruk. Ribut paling kuat pagi tadi 4.25 diiringi bunyi angin yang kuat dan kemudian hujan. Difahamkan agak mengerikan dan bila diperhatikan ada pergerakan pusaran angin

Sebentar tadi, Alif bercerita akan kisah tragedi pagi tadi. Pukul 4.00 pagi tiba-tiba  beliau merasa basah kerana bumbing asrama diterbangkan angin dan pada masa itu kebanyakkan semua pelajar basah lenjun. Semuanya pada mula menghimpun katil dua tingkat ke satu tempat dan mereka semua berhimpun dibawah katil tersebut tetapi angin semakin kuat maka   ketua dorm banin mengarahkan mereka berpindah ke dewan makan. Allahuakhar betapa trauma mereka yang mana kejadian tersebut pasti meninggalkan kesan yang mendalam dalam jiwa anak-anak.

Air mata tertahan lantas usahakan untuk mengungkapkan kata-kata  semangat kepada Alif
.......Allah nak satukan hati kalian untuk  saling membantu. Dan setelah itu saya masuk bilik air melepaskan air mata yang lama terpekung. Muhasabah diri, zalimnya diri ini kerana diketika Alif dan rakan kesejukkan saya lena dibuai mimpi.

Tiada siapa yang mampu berbohong dengan hati sendiri. Maka ambillah sedikit waktu untuk bermuhasabah atau memikirkan diri kita kemana hala tuju kita..
(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.
(Terjemahan surah al-Hadid:23)
Acap kali kita dilanda kesedihaan maka tinggalkan kesedihan dengan mengadu kepadaNya dan bukan meninggalkanNya. Biar ia berlalu.

Tabung kilat akan dilancarkan :
Sumbangan bagi Tabung Bencana SMIH boleh di salurkan ke akaun Maybank Srihira Development Sdn Bhd 012110320962, email kepada kewsdsb@yahoo.com dan whatsApp pada No.HP  0192857595 sebagai makluman kepada pihak Pengurusan Institusi Pendidikan Hira.







1 comment:

AMIIZAA said...

salams,

sebak membacanya...syukur anak-anak semuanya selamat...