Perolehi sumber makanan yang ditanam sendiri.
Didik anak-anak kita agar belajar bercucuk tanam kerana dengan hasil tanaman ini lebih segar dan terjamin. Disamping kita juga mendidik mereka mengenali tanaman yang berkhasiat yang perlu diambil. Contohnya daun pudina yang banyak hasiatnya. Pokok kunyit yang boleh anti kanser.Kawasan dapur (backyard) adalah kawasan yang paling sesuai. Secara tak langsung mendekatkan kita berasama anak-anak terutama masa cuit sekolah
Memasak bersama
Memang agak meremehkan jika bersama mereka didapur tetapi ambil masa sekali sekala untuk memasak bersama agar anak-anak mengenali segala bahan yang dimasak. Memasak memang nampak mudah tetapi jika salah sukatan menjadikan masakkan kurang enak atau tidak menjadi contoh memasak kek, bahan-bahannya mestilah disukat dengan teratur untuk mendapatkan masakkan yang sedap. Maka kita mengajar anak-anak agar kita teliti dalam segala hal.
Berbelanja Cara berkhemah
Bawa mereka kepasar melihat bagaimana kita berbelanja dan ajarkan bagaimana secara tak langsung apa yang ditanam ianya dapat menjimatkan perbelanjaan dapur seharian. Sebutkan, serai tak perlu dibeli kerana ada ditanam, pudina dan banyak lagi yang terdapat didapur kita . Bila anak-anak ingin makan diluar kata padanya bahawa kan lagi baik jika dapat makanan yang dimasak sendiri dan kita bukalan mampu berbelanja besar makan di luar setiap minggu.
Pengurusan Masa
Didik mereka agar menghargai masa. Masa main ada waktunya, masa belajar ada waktunya dan masa bermain ada masanya.Waktu pagi adalah waktu yang paling sesuai untuk kita membaca dan tasmiq. Inilah aktiviti wajib cuti sekolah buat mereka. Main dipadang dibenarkan dengan syarat balik ke rumah sebelum pukul 7.00 petang.
sumber:http://www.mothering.com/articles/5-vital-life-skills/
No comments:
Post a Comment