Mujahadah


Mujahadah adalah memaksa diri meninggalkan perkara-perkara yang boleh merosakkan jiwa

Friday, October 30, 2015

Mekar Mewangi Beri Kesegaran

 Ahmadulillah pagi Jumaah yang indah saya dapat melihat bunga indah dah harum ini yang dikutip di Taman Seksyen 7 yang jatuh ketanah bertaburan. Bunga Kemboja cina dan baunya cukup wangi dan membuat minda ini segar dan hilang akan kegetiran hidup di kala ini.

Melihat kecantikkan bunga-bungaan ini membuat saya terbayang suasana di Jannah. Dan muhasabah diri, apakah amalan ku cukup untuk ku kesana. Seperti mana Ustaz Firdaus Subhi yang hadir di al mawaddah malam tadi untuk berkongsi ilmu pada kuliyah maghrib, kita bersyukur kerana kita merasa lamanya kita sujud memohon keampunanNya namun kita perlu lihat amalan-amalan harian kita. Bagaiman ehsan kita sesama ihsan lain. Apakah diri ini memberi manafaat kepada insan lain.

Tika berjalan santai di Tasik kelihatannya bunga-bunga kembali mekar dan menghiburkan mereka yang datang termasuk saya merasa sungguh segar.Dibenak memikirkan dalam diam-diam sudah lebih 20 tahun bergelar isteri dan tahun ini menjadikan saya isteri sepenuh masa yang penuh dengan cabaran,

Masa yang berbaki ini untuk meneruskan hidup dan memperbaiki amalan, Seperti mana pesanan Ustaz Firdaus Saad, jangan mengharapkan amalan orang lain, cari bekalan buat diri kerana itu lebih menjanjikan mengimbau kembali disaat bertunang, setiap kali bertemu pastinya tiada satu apapun yang ku pinta dari tunang kerana memang sudah terbiasa dari kecil lagi diri ini tidak meminta-minta. Kerana sifat memberi itu lebih mulia dari meminta-minta malah saya menghulurkan bantuan buat adiknya yang ketika itu di Maktab perguruan yang memerlukan buku rujukkan. Satu jalan TAR saya mencari buku tersebut dengan bekalan duit belanja yang hanya RM2.00 dipoket. Kenangan manis yang tak dapat dilupakan. JIka tidak aberupaya mendapatkannya akan dicuba cara lain.
Allah membuka ruang yang luas (waktu) untuk menebus segala kesalahan. Rahmat Allah begitu luas terhadap hamba Dia. Masa yang tersisa inilah terbaik untuk menyemak catatan diri masa lalu. Masa inilah untuk mengakui kesalahan, menyesal, bertaubat, berazam tidak mengulangi, dan terus melaksanakan amar makruf. Dan dengan itu sebanyak mana kelas-kelas yang di tawarkan di Almawaddah akan cuba diushakan kerana masa berbaki tidak lama.

Allah telah bersumpah dengan masa (waktu). Allah mengetahui segala-galanya.
Mafhum Firman Allah ; “Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Mafhun Surah Al-‘Asr [103]:1-3)

Moga Allah permudahkan urusan kita di hari Jumaat yang mulia.

wassalam.
p/s- Nak sambung tugas suri Ummah .. berkebun dan memasak ya.

No comments: